بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
shared 1001 Sirah Nabi Muhammad's SAW., photo.
Kepentingan
sembahyang 5 waktu.
Perintah sembahyang 5 waktu diberi kepada Nabi Muhammad saw ketika Rasulullah saw sedang dimikrajkan ke langit. Sedangkan perintah ibadah-ibadah yang lain cukup melalui wahyu sahaja. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ibadah sembahyang 5 waktu ini.
Sembahyang 5 waktu mengajar manusia supaya menjaga kebersihan diri dan hati. Sebelum mendirikan sembahyang 5 waktu, manusia beriman akan berwuduk terlebih dahulu. Berwuduk dapat membersihkan anggota-anggota zahir. Apabila anggota-anggota zahir ini dibersihkan 5 kali setiap hari nescaya diri manusia itu akan sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Apabila diri bersih, sembahyang yang dilaksanakan akan menjadi khusyuk. Hati yang khusyuk adalah hati yang tenang. Apabila hati tenang, diri manusia akan dapat menghadapi dugaan hidup dengan sabar dan tabah serta reda akan segala ketentuan-NYA.
Sembahyang 5 waktu juga mengajar manusia supaya tidak leka dan sentiada menjaga waktunya. Sifat manusia adalah suka lupa dan lalai. Apabila diri manusia itu sentiasa ingat akan waktu sembahyangnya pastinya manusia itu tidak akan lalai dalam menjaga masanya. Manusia yang menjaga sembahyang 5 waktu akan mengisi masanya dengan sebaik-baiknya kerana antara satu sembahyang dengan satu sembahyang yang lain adalah singkat dan tidak boleh disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Sembahyang 5 waktu adalah pendinding kepada perkara maksiat. Manusia yang menjaga sembahyang 5 waktu akan selalu mengingati Tuhannya dan percaya Tuhannya itu melihat akan dirinya sepanjang masa. Ingatan terhadap ALLAH dengan sendirinya akan melindungi diri manusia itu dari melakukan perkara-perkara yang akan mendatangkan murka ALLAH terhadap dirinya.
Sembahyang 5 waktu adalah satu pengabdian hamba kepada Tuhan yang menciptakan dirinya. Dengan mendirikan sembahyang 5 waktu ikatan manusia dan Tuhan yang bernama ALLAH akan terjaga sehingga ke Hari Akhirat kelak. Sembahyang 5 waktu adalah sebagai melaksanakan kesaksian dua syahadah iaitu kebenaran ALLAH Yang Maha Esa dan kebenaran Nabi Muhammad saw (yang membawa perintah sembahyang 5 waktu ini).
http://www.facebook.com/groups/IlmuFarduAin/

Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan