بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.
Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.
Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.
Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1000 cedera. Pihak Ikhwan Muslimin pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.
Ikhwanonline memetik kenyataan Hospital Rab’ah melaporkan bahawa Korban Syahid terus bertambah, hingga saat ini 2200 Syahid dan Puluhan Ribu Luka-luka.
Ikhwanonline juga melaporkan, Pasukan Polis dan Tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.
Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.
Sumber: Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur. (www.wasukalu.com) .
Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula.
Diberitakan walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 2500 dan mencederakan lebih 10000 namun para islamis terus mengadakan bantahan tanpa senjata di seluruh pelusuk negara Mesir. Setiap negeri di Mesir terus mengadakan bantahan besar-besaran menentang rampasan kuasa.
Bantahan kali ini semakin merebak ke seluruh negeri dan wilayah di Mesir. Pembunuhan rakyat Mesir di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah oleh tentera dan polis membangkitkan rasa marah islamis dan pro Morsi.
Para pro demokrasi sekarang berada di Medan Alf Maskan dan membina pentas di sana, mereka menyeru kepada semua yang berada berhampiran untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Gambar di atas menunjukkan para demonstran pro demokrasi sedang membina pentas di Medan Mustafa Mahmud, Mohandisin selepas Medan Nahdhah dihancurkan.
Medan Rabiatul Adawiyah terus menjadi tumpuan para Islamis dan pro Morsi. Beratus-ratus ribu rakyat Mesir sedang berusaha untuk berada di Medan perhimpunan terbesar tersebut.
Perarakan dari Abbasiyah menuju Medan Rabiatul Adawiyah. Mereka bukan takut bahkan lebih bersemangat!.Perarakan besar besaran menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.
Rakyat mencuba sedaya upaya untuk memasuki medan ini
Kebangkitan semakin besar di seluruh negeri di Mesir. Medan-medan dan dataran-dataran di mesir dibanjiri Islamis dan penyokong Morsi bagi menunjukkan rasa tidak senang dengan rampasan kuasa dan mengutuk Pembunuhan Beramai-ramai Islamis di Dataran Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah.
Di Iskandariah sekarang; sejurus selepas serangan di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah. Solidariti terhadap saudara mereka di medan-medan Kaherah.
Warga Zagazig telah melakukan intifadhah untuk menyelamatkan para pro demokrasi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Medan Nahdhah dari hadapan Masjid Al Fath dan dari hadapan Dewan Umum Daerah Syarqiyyah.
Gambar di bawah menunjukkan dua buah kereta perisai tentera Mesir. Para Islamis berjaya merampas sebuah kereta perisai dan sebuah lagi dibakar.
Demi survival mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Jihad tanpa melawan dan membiarkan diri terbunuh adalah bunuh diri. Lebih baik gantung diri di rumah sahaja. Tiada tempat di sisi ALLAH untuk mereka yang dayus.
Lantaran itu sebahagian Islamis pro Morsi membulatkan tekad menentang para pembunuh saudara-saudara mereka dengan menawan dan membakar kereta perisai tentera.
Intifada has started...
WAR is the best solution for now
Start killing and stop being killed
this is 'API' from gendang perang
wakaka
Sumber: Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula. (www.wasukalu.com).
14 AUGUST 2013. Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir- hampir 2000 terbunuh syahid.
Sumber: Himpunan Aman mengutuk kekejaman kudeta tentera Mesir. (sisibukit.blogspot.com).
Mesir - Gambar-gambar Rakyat Mesir Mati Di Bunuh. - #PrayForEgypt.
Berikut adalah gambar-gambar kekejaman Alfatah Sisi terhadap penyokong-penyokong Morsi yang enggan berganjak dan bersurai dari berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Morsi dan bantahan kepada rampasan kuasa yang berlaku di Mesir sebelum bulan ramadhan hari tue.. iaitu 28 June 2013. Selepas Morsi digulingkan secara tidak sah oleh tentera, penyokong2 Mursi telah bertekad mahu kekal berkumpul dan berhimpun untuk mendesak tentera agar membebaskan Mursi dan meletakkan Mursi di kedudukan asalnya.
Perhimpunan yang berlanjutan melebihi tempoh sebulan lebih ini akhirnya mengundang tragedi kali ketiga apabila tentera Mesir di bawah arahan Al Fattah Sisi mengambil keputusan untuk menanggani peserta-peserta perhimpunan dengan keras dan kasar untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Bagi mereka, selama mana perhimpunan tersebut berlaku, selama itulah Mesir akan berada dalam krisis pentadbiran dan ekonomi kerana pergolakkan dalaman.
Kali pertama sejurus selepas Morsi di tumbangkan. 50 maut di tempat perhimpunan yang berhampiran masjid. Lokasi Cairo. Sama seperti lokasi sekarang.
Kali kedua, 26 Julai. Lebih ramai yang terbunuh berbanding kali pertama. Nekad. Nampak sangat dorang benar2 nak melakukan pembunuhan dengan niat. Atas alasan nak menyuraikan perhimpunan. Dan kali ketiga rabu lepas. 13 Ogos. Yang paling kejam dan sadis.
Sebelum peristiwa kekejaman rabu lepas terhadap penyokong Mursi ini berlaku, beberapa penganalisis politik antarabangsa dan pemerhati ada memberitahu bahawa Mesir akan jatuh ke kancah perang saudara jika tidak menanggani kes ini dengan betul.
Nampaknya apa yang di ulas oleh pemerhati politik itu ada benarnya.
Menumbangkan Mursi, dan Mursi disorokkan sehingga kini, kedudukannya dirahsiakan, Mursi dibicarakan bersama beberapa pimpinan IM, beberapa menteri-menteri Mesir juga terpaksa berundur dan merampas kuasa secara melulu, bukan penyelesaian yang baik bagi protes yang pertama. Sepanjang Mursi memerintah, walaupun pengkritik-pengkritiknya melakukan demo jalanan, belum la lagi sampai ke tahap menyiksa dan membunuh peserta-peserta demo.
Apa yang dilakukan oleh Alfattah Sisi memang melampaui batas kemanusiaan. Gambar-gambar di bawah neh akan membuktikan. Angka korban seperti yang dilaporkan AlJazeera adalah 281. Ini angka yang terkini. Tetapi yang dilaporkan oleh Utusan ialah 2,200. Menurut Utusan, angka ini diambil dari jurucakap yang mewakiliIkhwanul Muslimin yang dipetik dari account twitter.
Mana satu yang sahih aku tatau.
Manakala mereka yang tercedera pula sudah masuk ke angka berpuluh2 ribu. Laporan ini hampir selari dalam beberapa portal antarabangsa dan media tempatan.
Dalam laporan yang sama, turut melaporkan bahawa 43 anggota keselamatan dari pihak tentera terkorban dalam operasi terbaru menyuraikan peserta perhimpunan. Namun setakat ini tiada lagi gambar-gambar rakaman dari jurukamera berita yang berada di lokasi untuk membuktikan kenyataan tersebut sehingga ia dipersoalkan oleh beberapa pihak.
Ketika ini dunia sedang mendesak kedua-dua pihak yang terlibat dalam kancah peperangan ini berhenti dan bertenang. Tapi dari apa yang aku perhatikan ialah pihak yang kena berhenti sekarang neh pihak tentera. Serangan mereka bermula pada hari rabu hari tue dan berterusan sepanjang hari.
Pihak yang berdemo pula mereka tak melakukan serangan pun. Mereka bertindak balas sebab diserang. Bukan di pihak yang melakukan serangan permulaan. Mereka sampai setup klinik kat tempat perhimpunan bagi merawat mereka2 yang tercedera.
Kekasaran dan kekejaman yang dilakukan ke atas peserta perhimpunan memang tidak masuk akal dan melampaui batas. Ini bukan caranya. Gas pemedih mata + penembak tepat + helikopter + kereta perisai + jentolak = alat-alat yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan.
PENEMBAK TEPAT?
Mereka bukan tembak ruang udara bagi tujuan menakut2kan oke. Mereka tembak orang terus. Boleh nampak tak mereka punya gila macam mana? Yang lebih gila tindakan tersebut disokong pula oleh menteri Mesir. Dengan memberikan alasan bahawa keputusan tersebut [untuk menyuraikan peserta perhimpunan] bukan mudah. Ia diambil selepas mereka melalui proses meditasi yang panjang. Tindakan peserta perhimpunan [berdemo] tidak boleh diterima oleh mana-mana kerajaan sekalipun..
Kepala hangok dia.
Bila penentang Mursi berdemo berhari-hari lamanya, boleh pula?. Penyokong Morsi yang berhimpun sehari terus kena teargas dan dibunuh. Meditasi kepala bana dia.
Perintah berkurung telah dikeluarkan di 14 bandar di Mesir ketika ini. Larangan untuk keluar pada waktu malam dan waktu siang pula semua yang keluar akan diperiksa ID masing-masing. Tentera hanya akan melepaskan mereka yang layak keluar sebaliknya sesiapa yang tiada urusan tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggal dan penempatan masing-masing.
Dengan pemimpin utama Ikhwanul Muslimin ditahan sejurus serangan dilepaskan kepada penyokong2 Mursi yang buat dua kem perhimpunan di Cairo. Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah. Kedua2 kem tersebut telah terjejas teruk.
Tempat letak makanan pun kena ambush. Jurucakap tentera mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pada rabu lepas adalah tindakan permulaan. Tindakan permulaan pun dah sekasar dan sekejam ini, apa pula tindakan susulan mereka?.
Mari la sama2 kita mendoakan untuk saudara2 kita di Mesir sana. Jangan lupa sertai beberapa siri demo dan tunjuk perasan, aktiviti dan juga solat hajat dan doa untuk saudara-saudara kita di Mesir. Ini antara dua aktiviti terkini yang diusahakan oleh beberapa pihak bagi menunjukkan kita bersama2 mereka yang teraniaya di Mesir.
Nota : Tolong sebarkan berita ini di wall masing-masing memandangkan media massa kita kurang memberikan highlight kepada isu neh.
Terima kasih.
Rujukan:
https://twitter.com/QasimKahloon/status/367601894203461632/photo/1
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
https://twitter.com/iFalasteen/status/367514849418289152/photo/1
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2013/08/201381492232258172.html
http://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/2013/08/2013814142336191647.html
Sumber:
Mesir - Gambar2 Rakyat Mesir Mati Di Bunuh. - #PrayForEgypt . (amenoworld.blogspot.com.).
Thursday, August 15, 2013 . PERKEMBANGAN MESIR: BERITA & GAMBAR YNG TIDAK AKAN ANDA LIHAT DI TV1,TV2 &TV3 .
10 FAKTA TRAGEDI MESIR BERDARAH
1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.
2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.
3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak-kanak, ibu-ibu, & wanita-wanita.
4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.
5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.
6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.
8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.
9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr Morsi.
10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah &amkampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi &mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.
Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM &KEMENANGAN ISLAM
Moga Allah LAKNAT &HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir
Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!
Sumber: PERKEMBANGAN MESIR: BERITA & GAMBAR YNG TIDAK AKAN ANDA LIHAT DI TV1,TV2 &TV3 . (naimnikmat.blogspot.com) .
Thursday, August 15, 2013 . Kenyataan Najib Mengenai Tragedi Berdarah Di Mesir..
Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam..
Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja..
Sebelum itu kita baca dulu sebahagian dari kenyataan Presiden PAS, TG Haji Hadi mengenai tragedi ini..
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah.
PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu.
Sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Sehubungan itu, tegasnya, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana Sabtu ini.
Apa pula kata Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.
“Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.
“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam,” tulisnya.
Kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.
Sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Malah Kerajaan Malaysia juga telah didesak oleh PKR supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tentera Mesir sebagai bantahan terhadap pencabulan hak asasi dan kebebasan rakyat negara itu.
Berikut adalah kenyataan Najib mengenai apa yang berlaku di Mesir dipetik dari laman FaceBooknya oleh ABN News..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Mesir.
Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu supaya melaksanakan sekatan sewajarnya.
“Sebarang korban awam adalah amat dikesali.
“Kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian secara aman,” katanya.
Kenyataan itu disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini ~ ABN News
Beliau hanya melahirkan kebimbangannya mengenai insiden ini, kenyataan pula dikeluarkan dalam FaceBook miliknya dan tiada kenyataan yang mengatakan kerajaan Malaysia mengutuk serangan ini..
Kenapa Najib langsung tak berani untuk mengutuk tindakan Tentera Mesir itu agaknya?
Dalam hal ini meskipun Malaysia adalan Negara Islam yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berugama Islam dari Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kelihatan selari pendiriannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU)..
Kenapa agaknya? Adakah Najib bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan terhadap ummat Islam itu?
Sumber:
Kenyataan Najib Mengenai Tragedi Berdarah Di Mesir.. darisungaiderhaka.blogspot.com.) .
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan