Jumaat, 16 Ogos 2013

1267. Terpaksa bertindak balas apabila beberapa penunjuk perasaan bertukar menjadi ganas. (Alasan!!!).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 

Ikhwan Muslimin: Tidak ada apa boleh halang kami. (Sinar Harian 15 Ogos 2013). 
KAHERAH - MESIR. Ikhwan Muslim menyifatkan tidak ada apa yang mampu menghalang "revolusi gemilang" di Mesir - yang telah mengorbankan lebih 500 nyawa di hari paling berdarah di Mesir. 
"Kami akan terus kami duduk dan melakukan demonstrasi di seluruh negara sehingga demokrasi dan kedaulatan yang sah dipulihkan di Mesir," kata Essam Elerian, seorang anggota kanan kumpulan Islam itu. 
Penunjuk perasaan di Kaherah yang menyokong bekas Presiden Mohamed Mursi berkata, pasukan keselamatan melancarkan satu "serangan penuh " kepada apa yang mereka panggil sebagai demonstrasi aman. 
Kerajaan sementara Mesir berkata, ia telah cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan secara aman, tetapi terpaksa bertindak balas apabila beberapa penunjuk perasaan bertukar menjadi ganas.
Wartawan CNN melaporkan, ramai penunjuk perasaan cedera atau terbunuh bersenjata. 
Pada akhir Rabu, sekurang-kurangnya 421 orang terbunuh dan lebih 3,500 cedera dalam pertempuran di negara ini. 
Sumber: Ikhwan Muslimin Tidak Ada Apa Boleh Halang Kami . (Sinar Harian 15 Ogos 2013). 

Polis Mesir Tembak Penyokong Mursi.  (Sinar Harian 28 Julai 2013) . 

KAHERAH - MESIR. Polis Mesir menembak mati 23 penyokong Presiden digulingkan, Mohamed Mursi manakala beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan memasuki hari ke -15 di Masjid Rabaah al-Adawiyah di timur Kaherah, kelmarin. 

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Murad Mohammed Ali berkata, tembakan itu dilepaskan ke arah lebih 10,000 penyokong Mursi. 

“Lebih 600 orang awam cedera dan tiada petugas perubatan dihantar ke tempat kejadian,” katanya dalam laporan Press TV. 

Bagaimanapun, seorang doktor berkata, angka korban kelmarin mencecah 38 orang. 

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri sementara, Mohammed Ibrahim berkata, tunjuk perasaan itu akan ditamatkan mengikut undang-undang. 

“Sehingga kini belum ada pendakwaan dilakukan. Kami sedang menyiapkan rangka undang-undang itu,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Pihak berkuasa Mesir bakal mendakwa Mursi dengan tuduhan pembunuhan anggota tentera dan konspirasi dengan kumpulan Palestin Hamas.

Menurut laporan agensi berita MENA, hakim penyiasat Hassan Samir mengemukakan bukti terhadap Mursi ketika soal siasat namun tidak mendedahkan bila atau di mana siasat itu dilakukan.

“Tuduhan termasuklah mencetuskan kebakaran, memusnahkan rekod penjara dan bekerjasama dengan Hamas,” katanya.

Sumber: Polis Mesir Tembak Penyokong Mursi. (Sinar Harian 28 Julai 2013) . 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: