Khamis, 22 Ogos 2013

1307. Jangan marah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]


('_') Google Translate ('_') . 
Baca Juga: 

1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.


Bukan mudah "jangan marah" tetapi satu keperluan mengatasinya dan satu keperluan yang bersungguh-sungguh menghindarinya. 

Marah lebih banyak buruk dari baiknya. Hendak tengok buruk rupa kita semasa marah tengoklah cermin atau suruhlah seseorang rakamkan keadaan kita waktu itu. Tetapi perkara ini jarang orang buat, tengok cermin dan rakam, diri sendiri sedang atau ketika marah.

Marah ringkasnya antara perbuatan dan tingkah laku syaitan laknatullah. Tentu semua tidak ingin menjadi sekutu syaitan laknatullah. Dapat menangkis rasa marah sebenarnya kita menang dengan diri sendiri dari menunjukkan rupa buruk diri kerana marah.

Menampilkan sabar sebagai ubat mengalahkan marah. Sabar separuh dari Iman. Gayakanlah sekuat mungkin untuk mengatasi marah dan usah amalkan kata-kata "sabar ada hadnya". Syaitan laknatullah suka ayat itu. Ada juga orang sebut "Sabar, sabar juga!." Ayat itu pun menarik perhatian syaitan laknatullah. Sedarkanlah diri dari mengeluarkan ayat-ayat yang bukan-bukan berkaitan sabar.

Ayat-ayat "menempelak sabar" sebenarnya lebih membuka pintu kejadian marah pada diri sendiri. Lebih malang lagi boleh membawa diri ke jalan kekufuran, apabila mengamal ayat-ayat yang mempertikaikan "sabar" tanpa disedari.

Usah biasakan diri menyebut ayat pelik-pelik tanpa kajian atau ikut suka mulut sahaja apabila berkata-kata.  Marah jika dibiarkan menguasai diri boleh membawa diri ke Neraka Jahanam dan terhapus harapan menggapai Syurga Allah S.W.T.. Nauzubillah.

In Syaa Allah bermanfaat dengan mengingatkan diri sendiri. 
Abu Nawas Majdub - "Laa taghdhab.. Jangan marah!". Hingga 3x Nabi SAW mengulangnya, saat seseorang datang meminta nasehat.

Ajaran sederhana, tapi implikasinya luas!. Tentu maksudnya adalah bukan melarang memiliki rasa marah, karena rasa marah itu bagian dari tabi’at manusia yg pasti ada.

Tapi: kuasailah dirimu ketika muncul rasa marah, agar kemarahanmu itu tidak menimbulkan dampak yg tidak baik. Dalam istilah al-Qur`an: وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ

Maksudnya:
"Dan orang-orang yg dapat mengontrol amarahnya" (QS. Ali 'Imran/3: 134) Bagaimanapun... "Siapa yg menahan marahnya (padahal ia mampu untuk melakukannya), maka Allah akan menahan siksaNya kepada orang itu", demikian sabda Nabi SAW yg diriwayatkan oleh at-Tirmidzi.

Abu Nawas Majdub

PERDEBATAN SURGA DAN NERAKA
oleh:Abu Nawas Majdub
Abu Sai’d Al-Khudri r.a. menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:Suatu ketika surga dan neraka berdebat.

Neraka berkata, “Padaku orang-orang yang kejam dan sombong.”

Surga berkata, “Padaku orang-orang yang lemah (tertindas) dan miskin.”Kemudian Allah memberikan keputusan kepada keduanya:

“Sesungguhnya engkau wahai surga, adalah tempat rahmatKu. Aku memberi rahmat denganmu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Dan, sesungguhnya engkau wahai neraka, adalah tempat siksaanKu. Aku menyiksa denganmu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Maka, bagi setiap kalian berdua Aku akan memenuhinya.” (HR Muslim). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86) 
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: