بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
25 Ogos, 2013 - Pemikiran Luar Tabie Ustaz Umno.. Saksikanlah -
at 8/25/2013
Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata,
sokongan yang diberikan oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan
sementara Mesir yang merampas kuasa tidak semestinya bermakna mereka
juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.
“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.
Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa.
Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa.
Kadangkala
cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.Semua
tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal menyokong
penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah pimpinan
Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa.
Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.
Bahkan pemerintah Saudi, Raja
Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara terang-terangan menyeru bangsa
Arab untuk berdiri bersama-sama menentang "cubaan untuk menjejaskan
kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro demokrasi) sewaktu kerajaan
haram Mesir itu membunuh beribu-ribu rakyatnya, menyerang dan membakar
masjid.
Bagaimana Fathul Bari boleh
keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf kerajaan tentera Mesir tidak
semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda Umno seorang ini
butakah?Fathul Bari turut seterusnya mengambil contoh kerjasama yang
dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan
PKR.
Katanya, kerjasama itu bukan
bermakna PAS menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) dan pluralisme.“Sepertimana orang Pas yang
mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan
pluralisme,” katanya.
PAS menolak LGBT dan pluralisme
atau tidak menganut ajaran Kristian itu betul tetapi adakah KeADILan dan
DAP menjadikan kristian sebagai dasar perjuangan dan menerima LGBT?
Bila pula KeADILan terima pluralisme? Fathul Bari sudah jadi ulamak
pemfitnah!
Boleh jadi ulamak muda Umno ini
termakan dengan dakyah yang sebarkan oleh media primitif pro BN yang
menjalankan agenda propaganda jahat saban waktu untuk menggambarkan
bahawa DAP dan KeADILan adalah parti yang menyokong Kristian dan LGBT,
manakala KeADILan pula dituduh menganggap semua agama adalah benar
(pluralisme).
Malang sungguh ulamak yang
jadikan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai sumber rujukan.Berbalik kepada
isu keganasan tentera membunuh rakyat Mesir, Penasihat Agama Islam
Negeri Johor, Datuk Nuuh Gadut berkata, ulamak Mesir yg berpengaruh
mesti mainkan peranan untuk damaikan kedua-dua pihak. Ini juga antara
ulamak yang suka membuat ulasan tanpa mendalami isu. Apa yang hendak
didamaikan?
Apa yang berlaku bukan
peperangan antara dua pihak tetapi satu pihak (tentera) yang merampas
kuasa, menjatuhkan Presiden yang sah, mengurungnya, menindas pihak yg
dijatuhkan dan akhirnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap
rakyat.
Contohnya mudah saja, hanya
baru-baru ini Mufti Perlis Dr. Juanda telah dirompak. Wajarkah Datuk
Nuuh nasihatkan Dr. Juanda dan perompak, "Kamu berdua jangan gaduh2,
berdamailah..." Begitulah di Mesir, sebagai ulamak sepatutnya Nuuh
nasihatkan pihak tentera yang merampas kuasa dari Presiden yang dipilih
secara sah oleh rakyat, menghentikan kezaliman terhadap rakyat.
Beliau sepatutnya menasihati
kerajaan Malaysia supaya jangan bersekongkol dengan kezaliman dengan
tidak menyatakan bantahan apa-apa bantahan rasmi bagi pihak kerajaan
Malaysia terhadap kerajaan haram tentera Mesir.
Apa yang terpancar dari
pemikiran Fathul Bari dan Datuk Nuuh sebenarnya adalah realiti
segelintir ulamak yang mendapat gambaran salah perihal sesuatu isu.
Mereka menerima maklumat yang salah lalu memproses (menghukum)
berasaskan maklumat tidak betul tersebut.
Jika di Malaysia hampir semua
media elektronik dan akhbar-akhbar harian utama melaporkan maklumat
salah atau maklumat yang diprogandakan terhadap rakyat, masa di Mesir
juga begitu.
Tiada bezanya kerajaan sekular
di mana-mana pun, media mereka dikongkong.Akhbar Al Youm Mesir yang pro
perampas kuasa melaporkan bahawa Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah
Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja, Masjid
Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul
Muslimin, 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama
Rabiatul Adawiyah.
Ianya mungkin sudah mati sebelum
serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos), Ikhwan membiarkan
Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur, mereka juga
mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan
bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound
Mesir dan polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan
demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.
Takkanlah berita bohong begini
yang hendak dijadikan rujukan oleh ulamak Umno. Zaman langit terbuka ini
bukan susah sangat untuk mendapat maklumat sebenar situasi di Mesir.
Zulkifli Yahya
Sumber: Pemikiran Luar Tabie Ustaz Umno.. Saksikanlah . ( ) .
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah
kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan
yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi
keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali
dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya
Rob.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan