Rabu, 28 Ogos 2013

1378. Taubat Nasuha. Tidak cukup sekadar kesal.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.

Status Update

Taubat - Para alim-ulama berkata: "Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, yaitu:

Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan,

kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan

ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi.

SEMEMANGNYA mereka yang melakukan dosa dan jenayah tiada ketenteraman jiwa. Ini kerana perbuatan maksiat dan dosa termasuk zina sentiasa menghantui mereka.

Perbuatan zina memang ditegah Islam kerana dikira sebagai perbuatan keji dan jalan membawa kejahatan dan dosa yang lain seperti pengguguran dan pembunuhan anak.

Ini dijelaskan al-Quran: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat” (Surah al-Isra’ (17): 32).

Seterusnya Islam menghukum penzina di dunia sebanyak 100 kali rotan bagi penzina yang belum berkahwin seperti dalam ayat 2 Surah al-Nur yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipenga¬ruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disak¬sikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman” (Surah al-Nur (24): 2).

Sekiranya hukuman itu tidak berlaku di dunia, penzina akan dihukum di akhirat de¬ngan lebih kuat. Bagaimanapun, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allah s.w.t menerangkan bahawa hukuman akhirat boleh dihindar seseorang itu dengan bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosa¬nya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.” (Surah al-Furqan: 68-71).

Sumber:  Kesal dihantui dosa silam  ..  (www.hmetro.com.my) .


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]  
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: