Ahad, 1 September 2013

1434. Memadukan dua bersaudara itu adalah haram.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

25 Syawal 1434 (1 September 2013) 
Haram Memadukan Dua Bersaudara.  jue_ismail • 

PADA 29 Mac lalu, saya menonton satu program di televisyen tempatan semasa menunggu giliran bertemu doktor di sebuah klinik swasta.
 
Tajuk perbincangan yang saya kira amat menarik ialah Memadukan Dua Bersaudara. Yang menarik dan mengejutkan, betapa ramai orang tidak mengetahui bahawa perbuatan memadukan dua bersaudara itu adalah haram. 
Barangkali isu ini tidak timbul kerana masyarakat merasakan ia tidak berlaku atau kemungkinan ia berlaku adalah tipis. Namun ia telah dan tetap berlaku, maka ia perlu dijelaskan.
Merujuk Firman Allah SWT., dalam Surah al-Nisa' ayat 23, selain daripada dua beradik ini, haram juga hukumnya memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya. Maksudnya di sini, jika A telah berkahwin dengan B, kemudian A berkahwin pula dengan C, ibu saudara B iaitu adik kepada emak B atau ayah B. 
Sabda Nabi Muhammad SAW., dalam riwayat Tirmidzi ada disebut: "Janganlah seseorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan ibu saudaranya dan janganlah ibu saudara sebelah bapa berkahwin ke atas perkahwinan anak perempuan kepada saudaranya, janganlah seorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan emak saudaranya sebelah ibunya, janganlah emak saudara sebelah ibunya berkahwin di atas perkahwinan anak perempuan saudaranya. Janganlah kakak berkahwin di atas perkahwinan adiknya dan janganlah adik berkahwin di atas perkahwinan kakaknya."
Yang jelas bukan sahaja memadukan dua beradik perempuan itu haram, tetapi memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya sebelah ibu atau ayah juga haram. Ini kerana poligami itu sendiri jika dilaksanakan di kalangan orang yang tidak bersaudara menimbulkan pelbagai perbalahan dan sengketa, maka jika ia dibuat antara dua beradik, maka akan putuslah tali silaturahim.
Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Ibnu Hibban: "Bahawa jika kamu melakukan yang demikian itu (memadukan dua bersaudara atau ibu saudara dengan anak saudara) kamu telah memutuskan tali kasih sayang sesama kamu."
Ini adalah tegahan yang sememangnya telah wujud kerana Rasulullah SAW tahu bahawa poligami boleh menimbulkan sengketa dan perbalahan. 
 
Dari sudut hukum jika perkahwinan telah berlaku: Jika seorang lelaki menikahi dua perempuan bersaudara dalam satu akad, kedua-dua pernikahan itu fasik tetapi tidak batal. Pasangan perlu dipisahkan dan jika mereka dipisahkan sebelum persetubuhan berlaku, maka kedua-duanya tidak mendapat apa-apa dan tiada iddah.
 
Jika telah berlaku persetubuhan, menurut Hanafi, setiap seorang berhak kepada maharmithlidengan syarat tidak melebihi maharmusamma dan keduanya perlu beriddah. Jika seorang lelaki menikahi A dahulu dan kemudian menikahi adik A iaitu B kemudian, maka dari segi hukum, pernikahan pertama sah dan yang kedua fasik.
 
Isteri kedua tidak dapat apa-apa sekiranya belum berlaku persetubuhan. Jika telah berlaku persetubuhan maka, perlu membayar maharmithli yang tidak melebih maharmusammadan isteri kedua wajib beriddah. Ini adalah hubungansubhahatau kesamaran. 
Suami tidak boleh bersetubuh dengan isteri pertamanya sehingga isteri kedua selesai beriddah.Perlu diingat jika suami menceraikan isteri pertamanya dengan talak yang boleh rujuk, maka dia hanya boleh berkahwin dengan adik bekas isterinya selepas tamat iddah bekas isterinya.

Jika dilihat fakta di atas, wujudnya hukum kerana kebarangkalian perkara seperti ini berlaku ada. Ia memang ada dan memang berlaku. Lantaran itu, dalam Islam adalah amat penting menjaga perlakuan dan bergaulan walaupun hubungan adik-beradik dan ipar. 
 
Jika sumbang mahram boleh berlaku seperti abang menjalin hubungan dengan adik perempuan kerana pergaulan adik-beradik yang tidak berlandaskan hukum, maka tidak mustahil seorang abang ipar jatuh cinta dengan adik isterinya sendiri. 
Sebagai manusia kelemahan kita adalah nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan.

Apalah ada pada cinta jika semuanya berlandaskan nafsu yang menyesatkan. Jika poligami hanya boleh berlaku jika masih ada wanita yang sanggup merampas kebahagiaan seorang wanita lain, maka memadukan dua beradik hanya boleh berlaku kerana hasutan syaitan yang menyebabkan seorang adik tergamak merampas suami kakaknya atau anak saudara merampas suami ibu saudaranya.

Ia bukan saja akan melukakan hati saudara kandung sendiri tetapi merosakkan hubungan kekeluargaan. Seorang ibu tentunya sangat sukar membuat pilihan antara dua orang anak perempuannya apabila kedua-duanya menyintai lelaki yang sama.

Semoga kisah benar yang saya ketengahkan dalam artikel ini dapat menjadi teladan kepada kita semua. 
Sumber: (virtualfriends.net) . 
Sumber Gambar Wedding Ring 1 - Wedding Ring 8:     www.weddingku.pro .  

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  
(forums) . 

Tiada ulasan: