Rabu, 4 September 2013

1470. Kisah yang buat aku rasa sedih hari ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Bukan setakat rasa sedih, malah lebih dari itu. Allah Maha Mengetahui.
Nur Farhana Omar
WEDNESDAY, SEPTEMBER 04, 2013 - Ini kisah yang saya dapat dari wassap.group..

Masuk ofis, termenung sekejap.., muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana.... Allahhurabbi....

Tiap pagi.., sebelum sampai ofis, akan saya berhenti beli nasi lemak disimpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnya... dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pagi. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecil bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah.


Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya,apalah sangat harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni...., dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putus2 ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah.

Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana, awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sebagainya. Katanya, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal, (terkenang anak2 sedara dirumah yang sebaya dengan Ashraf, semuanya serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tapi lebih beruntung dari adik ini.. kesian adik ini....). 
Setelah hampir 3 minggu berulang-alik dari rumah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf. Hinggalah pagi ni.., saya memulakan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik macam selalu.. sy belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Saya: Ashraf...!!! akak tunggu Ashraf tadi, kenapa tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik ke...? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu. 

Ashraf: ehhhh..., kak Jiha.. lama tak nampak.terima kasih banyak2 kak....,  Ashraf ingat kak Jiha dah pindah... bukan dah boring.Tapi.. (muka sayu) 

Saya: ehhhh.. kenapa macam sedih tiba2 ni.... jom akak hantar pergi sekolah nak..??? (setelah 2-3 kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara) 

Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang, boleh la Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 jer... kak Jiha. Takpa la..., Ashraf beli karipap jer... disekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha.. mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan jujur anak kecil ni bercerita.... ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya). 

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah.. Yes..., memang jauh sekolahnya... PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. 
Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak. Ya Allah.. dan isu minyak, bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yang HANYA 20sen, tapi juga anak2 kecil yang tak tahu apa2.

Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang (orang senang/kaya merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi sahaja). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen mereka tak mampu lagi untuk membeli barang2 asas dan makanan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari.

Wallahuaklam..... 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).


"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 




Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 


KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: