Rabu, 4 September 2013

1471. Dengar!. Dengar!. Dengar!.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Wednesday, 4 September 2013


BILA LADY LISTEN LISTEN LISTEN BERSUARA MEMPERTAHANKAN TINDAKAN NAJI NAIKKAN HARGA RON95 DAN DIESEL SEBANYAK 20 SEN SELITER!!!!

Setelah diam membisu sekian lama akibat tindakan membuli seorang mahasiswi di Universiti Utara Malaysia tempoh hari dengan ungkapan listen .. listen .. listen sebanyak 11 kali yang mengundang bantahan dan protes yang cukup kuat sampaikan partinya sendiri KIMMA tidak mengaku ahli dan UMNO tidak mengaku pernah mengenali diri beliau serta pihak UUM Sintok haramkan kakinya memijak di kampus itu lagi. 
Beliau kelihatan sudah dicampak kelembah sampah sarap yang hina lagi busuk .. tiada siapa mau ambil peduli akan dirinya lagi ... suaranya tidak mau dipakai .. dirinya sudah tidak berguna lagi walaupun gerak kerjanya terang-terang sebagai menyokong UMNO lebih dari apa yang dilakukan para penyokong UMNO totok sendiri. 

Para pemimpin UMNO dilihat mengambil sikap mau menjauhkan dirinya dari terpalit dan berkait dengannya. 

Kini Lady Listen itu sudah mula nak bersuara sebagai pembela Najib dengan tujuan tidak lebih sebagai suatu cara mau mengambil hati dan jiwa pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak ketika cukup ramai para pendokong UMNO dari kalangan blogger dan facebooker berbondong-bondong meninggalkan kapal Najib Razak.

Bila Omak Kau terbaca akan curahan rasa hati membela Najib itu, amat terserlah betapa beliau ini membela sekadar membela tanpa membawa bukti yang menyakinkan rakyat.

Apa kena mengena krisis Mesir dengan kenaikkan harga RON95 dan Diesel .. Para penasihat Najib dan dirinya sendiri tidak pernah mengeluarkan alasan sebodoh ini.

Dia ingat jika Pakatan Rakyat diberikan mandat dan amanah pada PRU 13 lalu, PR akan naikan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen sedangkan PR sudah pun berjanji akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam setelah DSAI dinobatkan sebagai PM. .. Disitu amat jelas betapa beliau ini menyerang semborono tanpa mengetahui fakta sebenar. 
Mengenai kisah tumpahan diesel menyebabkan rakyat Selangor kekeringan air untuk seketika .. Dia ni memang bebal sungguh!!!!.. Bukankah Syabas yang menguruskan pembekalan air bersih ke semua penduduk Selangor dan KL?.. Tidakkah beliau tahu sudah beberapa kali Kerajaan Pakatan Rakyat mau mengambil alih pengurusan Syabas tapi ada saja tentangan kuat dari Kerajaan Pusat?

Mengenai kewujudan rumah urut dan kelab malam seperti ditohmahnya .. setakat ini belum ada bukti yang jelas ... lagi pun segala kerja membentras kegiatan haram adalah tanggung jawab pihak polis dengan kerjasama PBT.  Sehingga kini belum lagi kedengaran secara jelas dan berfakta pihak PBT Selangor melindungi segala kegiatan haram ini.  Malahan tiada pun permit dan lesen dikeluarkan oleh kerajaan negeri PR Selangor.

Inilah .. apabila berperasan ingat diri itu hebat dan bagus sampai pernah menghina secara terbuka seorang mahasiswi dari terus mengeluarkan pandangan. 
<( FB - /photo.php?fbid=233841666763200&set=p.233841666763200&type=1&theater )>

Tidak hairanlah mengapa para pemimpin UMNO/BN menjauhkan diri mereka dari wanita ini dan parti KIMMA sampai sanggup tidak mengaku ahli dan Naib Canselor UUM mengharam beliau memijakkan kakinya di kampus UUM.


Sumber: (Omak Kau) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: