Ahad, 8 September 2013

1566. Perisa makanan. Sambal Kicap.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

SAMBAL KICAP. 
Sediakan bawang putih. 
Kupas bawang putih. 









Sediakan cili api/lada kecil/cabai. Buang tangkainya. 
Sediakan kicap. Kicap masin atau kicap manis. Ikut suka. 
Sediakan juga (Jika perlu, secukup rasa untuk kurangkan rasa pedas). 
Projek ini juga perlukan peralatan di bawah jika dengan kuantiti yang sedikit. Alaskan kainlah bila menggunakannya supaya tidak berdentam dentum bunyinya. 
Jadi macam inilah... 
Kalau untuk kuantiti yang banyak gunakanlah peralatan dibawah: 

Memulakan projek: 
Mulakan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan Selawat Nabi Muhammad SAW., Itu lebih afdhal. 

Nak buat sedikit atau banyak terpulang. Pastikan bersih lahir dan batin bahan makanan tersebut. Setelah bawang putih dan lada dibersihkan. In Syaa Allah bermanfaat seisi keluarga. 


Nisbah lada kecil lebih banyak dari bawang putih (kalau tak nak bubuh bawang putih pun boleh). 


Campurkan lada kecil dengan bawang putih dengan nisbah yang bijak, kemudian tumbuk sehingga lumat. Setelah siap bubuhkan kicap masin/manis. Bubuh gula secukupnya, kalau tak sudi hendak makan yang pedas-pedas. 


Untuk kuantiti yang banyak gunakanlah pengisar. Masukkan lada kecil dan bawang putih dengan nisbah yang baik. Kemudian masukkan kicap masin atau kicap manis. Kemudian kisarlah. (*No water). 


Dengan ini siaplah resepi kita kali ini yang bernama "Sambal Kicap" sesuai untuk makanan sop dan soto. Cicah pisang goreng, keledek goreng etc In Syaa Allah sedap. Cicah buah-buahan macam tembikai, pelam dan pelbagai yang sesuai. 

Simpan ditempat yang selamat. Suhu bilik suhu peti sejuk pun ok. 

In Syaa Allah bermanfaat. 


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Entry: Sambal Kicap. 

Tiada ulasan: