Ahad, 8 September 2013

1567. Meh! masak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  



Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

  • Sedikan bahan-bahan berikut: 

    1. Udang dan bersihkan. 
    Ada yang buang urat belakang udang untuk buang mudaratnya: Belah dari sebelah bawah kepala hingga ke tengah-tengah badan udang. 
    2. Gula Melaka. 
    Gula kabung pun boleh kalau x nak gula melaka. 
    Ni ha lagi gambar proses membuat gula kabung. 
    3. Bahan-bahan lain ialah kerisik: 
    Ada yang suka buat sendiri kerisik nie, ada yang siap dipasaran. 
    4. Garam. Ada yang suka guna garam kasar: 
    Ni garam halus: 
    5. Asam pun ada asam jawa: 
    Asam keping 
    Asam gelugor dengan asam keping sama laa 
    6. Bawang Putih 
    7. Bawang kecil - nampak tak budak tu pandai pilih bawang kaaaaaan. 
    9. Lengkuas - sejoring gitu. 
    10. Lada kering. Potong-potong buang bijinya kalau suka. Cuci bersih Bismilah dan Selawat dulu. Rebus. Kemudian barulah ditoskan untuk digiling, dikisar atau ditumbuk halus. Kuantiti ikut suka jumlah udang (ada yang suka sambal mau lebih ... hehehe). 
    11. Halia segar kalau suka sepotong je, guna halia serbuk pun ok. Ada gambar kupu-kupu pulak, jangan kata tu halia k. 
    12. Kunyit segar atau serbuk ... ikut keseronokan memasak. Boleh jadi pewarna masakan supaya tidak kelihatan nyalaan warna lada sahaja. 
    13. Penumis - sepeket atau lebih ikut jumlah udang yang hendak dimasak, saji dan makan. 
    Sama la nie rempah ratusnya. 
    Bahan untuk hiasan ... pilih mana suka. 
    1. Bunga kantan - potonglah cara mana sekali pun ... nak potong jadi mcm cincin belah rotan pun boleh. 
    2. Daun Sop 
    3. Bawang besar belah empat belah berapa pun ok, ikut suka hati ... ada dua jenis bawang besar nie, semua maklum. Orang lebih menggemari bawang yang berwarna merah. 
    Sesi menyediakan bahan masakan dah sudah. 

    Apa-apa pun kita mulakan dahulu dengan kalimah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  serta kata-kata puji kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki untuk kita teruskan hidup keranaNya jua dan Selawat Nabi Muhammad SAW.. In Syaa Allah masakan kita tambah berkat dan enak. Terlindung dari jogetan dan kencingan syaitan laknatullah. In Syaa Allah kita beroleh rahmatNya serta Syafaat Nabi Muhammad SAW. 

    Sekarang kita kisar/tumbuk dulu bahan-bahan seperti bawang putih, bawang kecil, lengkuas, kunyit dan halia.

    Mari kita masak 

    1. Panaskan periuk/kuali seketika. Kemudian masukkan/tuang minyak 
    Boleh guna  minyak sawit 
    minyak sapi 
     minyak jagung dan sebagainya. 
    2. Masukkan penumis atau rempah ratus yang telah disucikan dan ditoskan. Sampai harum baunya lah. 

    3. Seterusnya masukan bahan-bahan yang dikisar/ditumbuk tadi (kecuali lada). Sampai semerbak aromanya. Masukkan kerisik. 

    4. Masukan lada kisar. Tumis sampai blup, blup. Tambahkan air sebagai kuah, ikut suka nak buat cair atau pekat. Masukan bungan kantan (kalau suka). 

    5. Masukan udang galah atau apa-apa udanglah. Gaul sampai rata dengan penuh kelembutan. Sambil itu tanaklah nasi, cuci beras bersih dengan Bismilah dan Selawat Nabi SAW.. Jangan sampai lauk siap nasi taraaaaaaak. Masuk lagi asam jawa atau asam keping. 

    6. Masukkan gula kabung atau gula melaka. Potong halus atau potong kasar terlebih dahulu pun boleh. Pastikan gula tersebut mencair dan sebati dengan bahan masakan yang terdahulu. Bubuh garam. 

    7. Sebelum itu masukkanlah bawang besar potong empat, enam dan sebagainya. Kalau potong nipis-nipis pun ok kemudian tabur atas masakan yang siap dihidangkan sebagai hiasan hasilan masakan. Sampai dah masakan, masak. 

    8. Hias lauk kita dengan taburan daun sop atau bawang putih goreng. Hidangkan. 

    Aku pun tak dapat nak namakan resepi masakan aku nie .. K laa aku namakan "Sambal Udang Wirda. Nama manja wife aku. 

    Selamat menjamu selera. 


    In Syaa Allah bermanfaat. 


    Sumber: ( Kuali kecil pemberian Allahyarhamah emak n bapak, masa mula-mula aku merantau lebih 30 tahun dahulu - Alhamdulillah ada lagi sampai sekarang ) 
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: