Ahad, 8 September 2013

1568. Sembang kalian sembang mereka yang berharta.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Kita bising minyak naik bukan kerana
kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana
kita tak

mampu bayar. 

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen. 

Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada
yang bekerja teruk terkontang
kanting. 

Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari. 

Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya... 

Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang
penuh
wibawa. 

Sedangkan ada mereka yang facebook
pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master. 


Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha
di zaman muda. 


Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian. 


Kerana aku taknak
hilang perikemanusiaan..!!
Renung2kanlah wahai saudaraku... 

Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ] 

kerana 20sen yang korang hina sangat tu..jangan hina orang yang berkira tentang 20sen. 

"Besar mana pun kedudukan, pangkat, tangga gaji, muda atau tua, kita mesti ada sesuatu yang dinamakan 'kebersamaan'. Jangan disebabkan kita tinggi, kita mampu, tidak memikirkan saudara kita yang pulangnya mengenggam duit gaji sebulan yang mungkin hanya menyamai duit gaji kita seminggu. Kalaupun kita tidak dapat menyelami secara total, cukupla kita memahami mereka. Kesedihan, kepayahan, kesengsaraan. Jangan sesekali berkata 'ahh..semua benda nak murah. duduk hutanla'. Apa kau kira dia tidak berusaha? apa kau kira dia tidak membanting tulang? 

Moga (In Syaa Allah) Allah jaga kita" 

- IMAM MUDA FATTAH- 
Sumber: FB. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: