Sabtu, 14 September 2013

1659. Dakwah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku. 
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.." [Surah Al-Baqarah: 30]

WEDNESDAY, JULY 11, 2012


Firasat Syeikh Fadhil Al-Banten

Batu Pahat, Johor
Penghujung  Februari, tahun 1941. 
SYEIKH Fadhil Al-Banten memimpin baca doa selamat pada malam itu. Ulama yang sangat besar pengaruhnya itu dalam bidang kerohanian berkhidmat dalam kerajaan Johor pada abad ke-20. Beliau yang dilahirkan di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1870 Masihi mendapat pendidikan agama daripada keluarganya sendiri. Kemudian, tokoh ini melanjutkan pengajiannya sehingga ke Mekkah. 

            Pada tahun 1915, beliau berhijrah ke Johor atas usaha yang berterusan yang dilakukan oleh Penghulu Mukim Lenga yang bernama Haji Daud. Haji Daud amat tertarik pada keperibadian, keilmuan dan kerohanian yang ada pada Syeikh Fadhil. Ulama ini kemudian mengajar di Kampung Lenga, Muar. Selain ilmu Islam yang asas seperti Fardhu Ain, Syeikh Fadhil amat menekankan amalan Wirid Khaujakan atau Khatam Khaujakan yang sangat terkenal dalam ajaran Tariqat Naqsyabandiyah. 

            Kemudian, Syeikh Fadhil melebarkan sayap dakwahnya ke seluruh tempat di mana beliau mengajar seperti di Bandar Maharani, Bakri, Bukit Kepong dan tempat-tempat lainnya. Kesungguhan dan keikhlasan beliau menyebarkan dakwah menyebabkan beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Bahkan, ajaran beliau dapat diterima oleh semua pihak termasuklah Sultan Johor. 

Selesai membaca zikir-zikir yang berupa ayat-ayat pilihan di dalam Al-Quran, berselawat ke atas Baginda Rasulullah serta membaca Asmaul Husna bersama para jemaahnya, tokoh berusia pertengahan abad itu kelihatan memikirkan sesuatu yang begitu begitu berat untuk dipikul. Beliau memandang muka anak-anak muridnya dengan penuh kasih sayang. Kali ini, beliau merasakan masanya sudah sampai. 

            “Anak-anak sekalian.”
            Kesemua anak-anak murid Syeikh Fadhil berkeadaan siap siaga untuk mendengar amanat daripada guru mereka. 

            “Firasat ana kuat mengatakan bahawa Tanah Melayu ini akan diserang musibah.”
            Semua pelajar memandang sesama sendiri. Firasat seorang ulama tidak boleh dipandang remeh. Mereka semua maklum bahawa Allah mengilhamkan perbagai ilmu dan petunjuk di dalam diri seorang ulama seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Takutlah kamu dengan firasat seorang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengar nur Allah.” 

            Kemudian, Syeikh Fadhil menyambung, 

“Saat tibanya nanti, tanah ini akan dibasahi darah. Pertempuran yang dasyat akan berlangsung. Hatta orang putih sendiri akan tertewas,” 

Kedengarannya pertempuran yang bakal berlangsung itu begitu menakutkan sehingga tentera Inggeris yang bersenjata moden juga tertewas. 

            “Anak-anak sekalian akan menjadi pejuang di kawasan anak-anak sekalian. Ingatlah, walau apa jua yang terjadi, niatkan kerana Allah. Apapun, ini semua hanya andaian, hanya firasat. Allah Taala juga yang mengetahui segala-galanya.” 

            Pertemuan pada malam itu telah selesai. Para pelajar telah beransur pulang. Dalam perjalanan, masing-masing sibuk berbicara tentang firasat daripada Tuan Guru sebentar tadi. Ada yang takut, ada yang teruja. Walau apa juga perasaan mereka kala itu, yang pasti kesemua mereka yakin bahawa firasat tuan guru mereka pasti akan berlaku. Syeikh Fadhil Al-Banten bukan calang-calang orang. 

            “Kamu agak-agak kan, siapa yang mahu menyerang Tanah Melayu ini? Tidak cukupkah kita sudah dijajah oleh orang putih itu? Lagipun, logikkah orang putih itu ditewaskan? Apapun, ika ada mana-mana pihak yang mahu merosak-perandakan tanah bumi ini, nahaslah mereka semua aku kerjakan,” entah dari mana semangat di jiwa Salleh mengalir. 

            “Sabar, Salleh. Itu semua hanya firasat daripada tuan guru. Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah perbanyakkan berdoa. Bantuan Allah pasti datang, insyaAllah. Siapa yang paling bertaqwa di sisi hamba-Nya, pasti Allah akan angkat dan berikan pertolongan,” Abu cuba menenangkan sahabatnya. Anak-anak murid yang lain diam membisu, tidak berani untuk menokoh tambah. Masing-masing sudah tahu bahawa Salleh dan Abu merupakan anak murid tuan guru yang paling hebat dan mendalam ilmunya. 

            Tajam Salleh memandang mata sahabatnya. Kata-kata sahabatnya tadi ternyata benar.Siapa yang paling bertaqwa di sisi hamba-Nya, pasti Allah akan angkat dan berikan pertolongan. Itu janji Allah, dan Allah sesekali tidak akan memungkiri janji-Nya. Ditepuknya bahu Salleh sambil mengukir senyuman. Senyumannya itu dibalas kembali. 

Firasat daripada Tuan Gurunya sebentar tadi membuatkan Abu terkenang dengan keluarganya di kampung halaman. Sudah lama dia tidak balik untuk menjenguk keluarganya.
Sihatkah?
Sakitkah? 

Dia sendiri tidak tahu. Namun, andai benar seperti apa yang difirasatkan oleh tuan gurunya, maka perkara yang paling membimbangi dirinya pastilah keluarganya. Abu nekad untuk terus mengutip ilmu daripada tuan gurunya agar pulang sahaja dia nanti, dia mampu memberi khidmat kepada keluarga dan kampungnya. Bukankah erti kehidupan itu pada memberi? Semakin banyak yang diberi, semakin banyak yang akan kita perolehi. 

            Buat masa kini, dia perlu memberikan perkhidmatannya bersama Tuan Guru Syeikh Fadhil Al-Banten sehingga dia menamatkan perjanjiannya bersama gurunya itu. Dia pasti, setibanya dia di kampung halaman sahaja, pasti keluarganya akan menyambutnya dengan satu kejutan yang amat besar.

[Petikan daripada novel 'Samurai Malaya'] 



"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 



Tiada ulasan: