بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Ayat Al-Kursi untuk Amalan Harian
5.0 Pendahuluan
Seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang lalu, bahawa ayat al-Kursi itu mempunyai rahsia yang besar. Namun demikian, secara terperinci, hadis-hadis tersebut tidak menyebut kaedah-kaedah tertentu untuk dijadikan panduan untuk mengamalkannya.
Di bawah ini diperturunkan satu amalan, yang termasuk di dalamnya bacaan ayat al-Kusi, yang dinamakan sebagai Wirid Khujakan. Wirid ini biasanya diamalkan oleh orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan tertentu hingga sekarang ini. Fadilat amalan wirid ini akan hanya dapat dilihat oleh mereka yang mengamalkannya.
Menurut risalah Wirid Khujakan, wirid ini adalah amalan para wali-wali, para salihin dan ahli-ahli tarikat. Wirid tersebut merupakan salah satu cara atau pengakuan yang kuat dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan hajat daripada Allah (SWT).
Wirid ini juga merupakan salah satu cara untuk memohon dan meminta perlindungan agar dijauhkan daripada bencana yang akan menimpa diri, tempat kediaman dan kampung halaman.
Sekiranya wirid ini dibaca di satu tempat yang keras, yang dikatakan berpenunggu, maka dengan izin Allah (SWT) segala jenis makhluk halus itu akan pergi meninggalkan tempat tersebut. Wirid ini juga boleh dibaca pada air, kemudian air itu dijiruskan ke tempat-tempat tersebut untuk tujuan yang sama.
Selain tujuan-tujuan di atas, air yang dibacakan wirid ini boleh digunakan untuk merawat orang yang sakit akibat gangguan makhluk-makhluk halus atau tujuan penerangan hati.
5.1 Aturan membaca
Wirid ini boleh dibaca seorang diri atau beramai-ramai, sama ada dalam rumah, surau atau di masjid pada waktu malam, iaitu selepas sembahyang Maghrib atau Isyak. Seseorang yang membaca wirid ini hendaklah dalam keadaan sentiasa berwuduk.
Konsentrasi hendak ditumpukan pada bacaan yang dilakukan. Oleh sebab itu seseorang itu tidak seharusnya berbual-bual ketika di majlis wirid.
Untuk mendapatkan penumpuan sepenuhnya, adalah paling baik sekiranya tidak ada orang yang keluar masuk di tempat dan pada masa majlis wirid dijalankan.
Sekiranya ada orang yang tidak dapat turut membaca di majlis tersebut, ia hendaklah duduk membaca selawat sahaja.
Seseorang yang mempunyai hajat besar hendaklah mengekalkan bacaan wirid ini dengan penuh khusyuk, azam yang kuat dan harapan selama 4 hari berturut-turut selepas sembahyang Maghrib dan Subuh.
Untuk amalan harian, wirid ini boleh dibaca selepas sembahyang Maghrib atau Subuh.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak, atau menghadapi masalah untuk menjadikan wirid ini sebagai amalan harian, bacaan Yasin dan zikir ada wirid ini boleh ditinggalkan.
Setelah sempurna sembahyang Maghrib atau Subuh, dan menyempurnakan segala amalan sunat yang berkaitan dengannya, seseorang itu, dalam keadaan menghadap kiblat hendaklah membaca al-Fatihah sebanyak 5 kali, yang dihadiahkan kepada roh-roh Rasulullah (s.a.w), Syekh Abudl Kadir Jailani, Sayid Muhammad Haqqi dan semua Syeikh Khujakan, roh Haji Fadil Bintan dan roh orang-orang Islam, Mukminin dan Mukminat.
Sumber: (www.harmoni-my.org) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan