Selasa, 17 September 2013

1729. Kalau sudah biasa mengakal. Dosa dicari, Pahala diketepi.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku. 
Mengakal = BerDusta.

Akhbar yang dianggap Lidah Keramat oleh Najib sekali lagi disahkan menyebar fitnah..

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 58 minutes ago
Mula-mula kita baca dulu apa anggapan Najib terhadap Utusan sewaktu beliau merasmikan bangunan baru akhbar tersebut minggu lalu.. "Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," "Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," Najib juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan ter... more »

Bekas SU Politik Menteri BN Ada 10 Kenderaan Mewah Di Tahan SPRM.. Siapakah Dia?

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - 28 minutes ago
Bekas Setiausaha Politik ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah. Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. "Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas ... more »

Wanita UMNO Seluruh Negara Kembali Berbau Busuk

Orang ni at Orang ni - 48 minutes ago

Gempar!!! Inilah Wajah Bekas Setiausaha Politik DS Shahrizat Yang Ditahan SPRM Siasatan Kes Rasuah, 10 Kenderaan Mewah Dirampas.. Jom Terjah!!

sahabat sedaka at SEDAKA SEJAHTERA ™ - 1 hour ago
SHAH ALAM – Seorang bekas Setiausaha Politik kepada ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah. Laporan The Malaysian Insider dipetik, beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi. Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. "Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull. Sementara it... more »

17 September, 2013

Terbukti Utusan Ejen Fitnah Umno, Tarik Balik Fitnah Terhadap Husam Dan Bayar RM40,000

Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.
Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.
Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan.
Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.
Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:
"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu."
"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."
"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS."
Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini.
"Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan.
Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan.
Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya.
"Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. ~the malaysian insider

Sumber: (Fitnah) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: