بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Tuesday, September 17, 2013
Senarai Negara Yang Menjual Kereta Dengan Harga Mahal 2013.
Top Ten. Mahu tahu Malaysia ada atau tidak dalam senarai ini? Mahu tahu Malaysia di kedudukan yang ke berapa?Meh kita lihat kedudukan negara kita di tangga yang ke berapa.
BTW, kajian ini dilakukan oleh laman blog ==> http://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-1256855393
Blog tue memang khusus bercerita pasal kereta.
Kali neh mereka buat perbandingan specific mengenai harga kereta Toyota PRIUS, FR-S Scion ataupun kedua2nya sekali. Kat bawah neh mencatatkan 10 tempat di mana harga2 jualan kereta di negara2 tersebut di anggap mahal.
Di anggap mahal pada mereka2 yang participate dalam survey tersebut, yakni rakyat di negara2 tersebut. Perbandingan ini tidak menyeluruh dan terperinci. Jika nak jadikan ia sebagai bahan kajian, mohon rujuk kepada bahan yang ilmiah dan terbukti.
10. Cuba. = harga tidak direkodkan.
9. Korea Utara. = harga tidak direkodkan.
8. St. Kitts And Nevis. = harga tidak direkodkan.
7. United Kingdom. = $39,031 [FR-S Scion, lihat gambar]
6. Brazil. $36,559 [merujuk kepada PRIUS]
4. Nicaragua. = harga tidak direkodkan.
3. Indonesia. $59,666 [FR-S]
2. Malaysia. $73,529 [FR-S]
1. Singapura. $135,421 [FR-S]
Untuk rekod, perbandingan ini dilakukan dengan convert matawang. Ada matawang rendah nilainya, ada yang tinggi nilainya. Yang neh kena fahamkan juga. Di UK dorang guna POUND STERLING. Dan perbandingan ini disumbangkan oleh rakyat2 yang duduk di negara tersebut sebelum dibandingkan dan meletakkan negara2 tersebut dalam kedudukan ini.
Amek contoh harga kereta di UK. Harga $36k tue dah termasuk insurans dan itu untuk harga kereta baru. Currency di convert dengan nilai US. Kalau ikut tangga gaji UK pada mereka murah lagi. Tapi disebabkan convert, kita nampak mahal. Kerana perbezaan nilai matawang. BTW, dengan harga yang sedia ada pun pada mereka MAHAL disebabkan insurans. Hello, ada ke orang yang p UK nak kata harga kereta di negara itu MAHAL. Bahkan rakyat luar asyik puji je harga barang2 kat UK murah. Adakah mereka tak bersyukur atau apa? Jelas kat sini mereka ialah rakyat yang sentiasa berfikir begini. Aku tahu sebagai rakyat aku boleh dapat yang lebih baik, lebih murah dan lebih bagus dari ini.
Hehe.
Mentaliti mereka dan mentaliti kebanyakkan rakyat di negara ini memang jauh berbeza. Siyes. Cuba baca di ruangan komen kat blog tersebut. Boleh nampak macam mana mereka berfikir. Dan yes, takde komen2 yang pergi menyalahkan Islam, propaganda yahudi ataupun ini semua agenda syiah. Wow. Mereka takde masalah untuk focus pada perbincangan rupanya.
Yang menarik, individu yang mencalonkan kedudukan harga kereta di Malaysia mahal ==> http://jalopnik.com/i-would-like-to-nominate-malaysia-where-in-malaysia-t-1251744055
Telah menerima respon dari seseorang yang merasakan hey penjualan kereta di Malaysia tak la seteruk di Singapore pun..
At least you don't have to contend with COE, and actually have the choice of buying a nice, interesting used '90s car, rather than having all of them disappear from the roads. Plus, your fuel is subsidised as well. Trust me, it's a lot more miserable being an enthusiast in Singapore.
Rakyat, di mana2 negara sekalipun, rasanya sama aje kan?
KAH KAH KAH
Oke bai.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan