Rabu, 18 September 2013

1733. Allahyarham Emir Khattab - Bird of Paradise 1969 - 2002.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah.

Tuesday, September 17, 2013

Mengenali Emir Khattab - Bird of Paradise

Emir Khattab atau nama sebenarnya Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem lebih dikenal dengan nama Khattab karena kekagumannya pada khalifah, Umar bin Khattab RA.

Beliau lahir di Arar, kota perbatasan utara Arab Saudi pada 4 April 1969. Ayahnya berasal dari Saudi dan Ibunya berdarah Turki. Khattab memiliki 8 adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang cukup berada serta terpelajar, dikenal sebagai pemuda yang berani dan kuat. Di sekolah beliau pun beliau termasuk pelajar yang cerdas.

Tahun 1985 adalah puncak jihad Afganistan melawan Uni Sovyet, di mana pemuda dari negara-negara muslim sedunia berbondong-bondong datang ke Afganistan menyambut seruan jihad dari tokoh Islam seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibunuh/1989), Sheikh Tamim Adnani (meninggal/1988) dan Usama bin Laden.

Prestasi gemilang dan aksi berani mati para pejuang Muslim melawan negara-negara penjajah menjemput gelora jihad Umat Muslim lainnya waktu itu tak terkecuali Emir Khattab. Beliau memutuskan ikut berjihad untuk pertama kalinya ke Afganistan.

Pada tahun 1985 di usia 16 tahun, Emir Khattab meninggalkan Saudi Arabia dan berhijrah ke Afghanistan untuk menyertai pasukan Mujahidin Afghanistan dalam perang menentang Soviet Union.

JIHAD AFGHANISTAN

Khattab mendapat latihan ketenteraan Islam di kem berhampiran Jalalabad dan berjuang di posisi barisan hadapan. Salah seorang jurulatihnya adalah Hassan As-Sarehi, Komandan Operasi Sarang Singa di Jaji, yang terkenal waktu itu.

Enam tahun kemudian, Khattab telah menjadi salah satu Mujahid yang diperhitungkan dunia. beliau terkenal berani membuka konfrontasi secara langsung dan pantang menunjukkan rasa sakit saat terluka atau cedera. Beliau muncul di setiap operasi-operasi besar di Afganistan (1988-1993) termasuk perebutan Jalalabad, Khost dan Kabul.

Khattab kehilangan dua jemari tangan kanannya saat melempar granit rakitan. Sejak itu dia tak pernah melepaskan sarung tangannya.


JIHAD TAJIKISTAN

Pada tahun 1992, Emir Khattab menyertai pasukan Mujahidin di Tajikistan dalam perang awam menentang pasukan pro Komunis Emmolii Rahmon. Ketika itu Soviet sudah pun beruundur dari Afganistan setelah dikalahkan para Mujahid, lantas Emir Khattab bersama sekelompok kecil teman berangkat ke Tajikistan setelah mendengar peperangan yang sedang terjadi di sana melawan musuh yang sama. Dua tahun mereka menetap di sana memerangi Rusia di tengah salju di daerah pegunungan berbekal persenjataan dan amunisi yang sangat terbatas dan serba kekurangan.

Bersama pasukannya, Khattab kembali ke Afganistan di awal 1995. Saat itu perang Chechnya baru dimulai dengan warga yang dihinggapi kebimbangan konflik antara agama dan perang.

JIHAD CHECHNYA.

Menurut abang beliau, Mansour Salleh Al Suwailem,kali pertama Emir Khattab mendengar berita akan perang Muslim di Chechnya yang melawan Russia ialah pada tahun 1994 melalui CNN. Di mana pada waktu itu, Emir Khattab terkesima dan hati nya terpanggil setelah melihat pejuang-pejuang Chechnya yang pada waktu itu memakai ikatan kepala dengan kalimah ''La ilaha illallah,Muhammadar Rasullullah sambil berteriakkan Takbir. Emir Khattab langsung memutuskan untuk pergi ke Chechnya pada 1995 namun beliau menghadapi kesukaran pada waktu itu kerana pada waktu itu, negara Chechnya tiada dalam peta. Dengan nekad dan azam yang teguh, Emir Khattab masuk ke Warizistan iaitu negara berhampiran Chechnya. Sampai di sana, beliau telah bertemu dengan sekelompok pasukan Jihad lalu bersama mereka, beliau menyusup masuk ke Chechnya.

Beliau berhasil masuk ke Chechnya dengan cara menjadi reporter tv. Kefasihannya berbahasa Arab, Rusia, Inggris dan Pashtu membantunya mudah berinteraksi. Bersama teman-temannya sesama mujahid Afganistan, kelompok beranggotakan cuma 8 orang ini sampai di Chechnya pada 1995. Kelompok Emir Khattab yang cuma beberapa orang itu tak hanya melatih penduduk Chechnya tapi juga Mujahid yang bergabung dari negara lain. Saat itu sedang bergejolak perang Chechnya yang pertama.

Khattab bertemu Shamil Basayev, seorang pemimpin pejuang Chechnya. Bersama Basayev, Khattab yang menyandang posisi Panglima Pasukan Islam Dagestan, memperjuangkan pendirian negara Islam di Chechnya.

RANGKAIAN SERANGAN PIMPINAN EMIR KHATTAB

Satu operasi penyerangan gemilang saat penyergapan di Shatoi pada 16 April 1996 di mana beliau telah memimpin 50 orang mujahidin menghancurkan satu konvoi pasukan berkenderaan Tentera Rusia yang sedang dalam perjalanan meninggalkan Chechnya.

Sumber rasmi militer Rusia mengungkapkan 223 orang tentara Rusia terbunuh termasuk 23 pegawai tingginya tewas di samping keseluruhan kenderaan hancur musnah. Lima mujahidin mati dari pasukan Emir Khattab syahid dalam operasi tersebut. Boris Yeltsin pada waktu itu mengatakan harus membawa kes penyerangan itu ke parlimen.

Beberapa bulan kemudian, pasukan Emir Khattab menyerang sebuah berek militer Russia, menghancurkan helikopter-helikopter tempur dengan tank. Satu pasukannya juga bergabung bersama operasi penyerangan Grozny yang dipimpin oleh rakan baiknya iaitu Shamil Basayev pada Ogos 1996.

Emir Khattab muncul pada 22 Desember 1997, menggerakkan satu pasukan berjumlah 100 orang mujahidin Chechnya dan negara lain, masuk ke daerah Russia dan menyerang markas-markas Brigade motor tempur militer Rusia. Penyerangan ini mengakibatkan 300 kendaraan hancur dan banyak tentera Rusia yang tewas. Dua mujahidin mati syahid termasuk seorang komando senior Afganistan, iaitu Asy-Syahid Abu Bakar Aqidah (Al Fatihah). Seluruh pasukan Russia mundur dari Chechnya pada musim gugur 1996. Ini adalah sebahagian penyerangan dari sejumlah operasi yang berhasil memukul mundur Russia di Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan dalam daerah Russia sendiri (Dagestan, 1997 hingga 1999).

Saat perang Chechnya II, pada 29 Pebruari 2000 Khattab mengutus pasukan di bawah komando Amir Abu al-Walid menyerang pasukan Parasut (pasukan payung terjun) Russia. Sebanyak 86 perajurit Rusia tewas. Pada 29 March 2000, pasukan Mujahidin pimpinan Emir Khattab menewaskan 34 pasukan elite Rusia OMON yang berkonvoi, sebanyak 9 tentera ditawan.

TAKTIK MEDIA


Emir Khattab pernah mengatakan: “Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir dengan apa yang mereka perangi terhadap kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, jadi kita harus memerangi mereka juga dengan media kita.” Kerana itu beliau selalu memfilemkan tiap orang dan tiap operasi penyerangannya.

Khattab memiliki perpustakaan berisi ratusan video mulai dari pertempurannya di Afganistan, Tajikistan dan Chechnya. Beliau yakin kata-kata saja belum cukup menjawab tuduhan palsu media-media musuh, juga harus dibuktikan dengan rakaman video.

Betapa komander gagah berani ini amat bijak orang nya.

Beliau sempat mengabadikan penghancuran pasukan Rusia dalam operasi Dagestan pada Ogos 1999 yang menunjukkan ratusan mayat-mayat tentera Russia, beberapa kali ganda banyaknya dari jumlah laporan rasmi militer Rusia yang di keluarkan oleh media Russia yang hanya menyebutkan cuma 40 tentera nya tewas. Satu penafian (*pendustaan) dari pihak lawan.

PEMIMPIN SEDERHANA.

Khattab sering disebut-sebut dan di gelar sebagai ''Khalid bin Walid masa kini''. Beliau yakin sepenuhnya bahawa ajal akan datang menjemput bila sudah waktunya, tidak terlambat atau lebih walau satu saat pun. Beliau berhasil lolos dari beberapa usaha pembunuhan yang di rancang untuk membunuhnya. Yang paling nyaris adalah saat trak besar Russia yang ditumpangi Emir Khattab dibom oleh pasukan Russia. Trak tersebut hancur berkeping-keping namun Khattab selamat tanpa luka sedikit pun.

Di balik aksi garangnya di medan jihad, Emir Khattab begitu prihatin dan mengambil berat pada anak buahnya. Beliau juga selalu memastikan penduduk dan warga awam tidak terganggu dan terluka dek perbuatan jahat tentera kafir Russia. Tidak seperti sebahagian besar tokoh tokoh pejuang Arab pada waktu itu yang selalunya sarat pengetahuan kemewahan atau kaum dan cara hidup intelektual. Emir Khatab hanya seorang pemimpin sederhana yang mengikuti kata hatinya untuk berjihad dengan meninggalkan kemewahannya di Saudi Arabi dan meninggalkan keseronokan duniawi. Malah beliau memiliki satu team calon pemimpin yang sangat terlatih dan mampu menggantikannya bila beliau terbunuh kelak, asal kalian tahu, ya kesemua calon-calon itu adalah didikan dari beliau sendiri.

Pembunuhan licik

Contact terakhir Emir Khattab dengan keluarganya, tiga bulan sebelum meninggal dunia pada 19 March 2002. Beliau hanya berkesempatan mengunjungi Arab Saudi dua kali sejak jihad Afganistan. Emir Khattab meninggal dunia akibat menghirup gas beracun dari surat yang dikirim oleh Rusia’s Federal Security Service. Menurut pakar racun Moskow dan London, sampul surat tersebut kemungkinan telah disembur neurotoksin yang menyerap ke tubuh melalui kulit dan dengan cepat menyebabkan serangan jantung atau susah bernafas. Orang yang paling dicurigai bertanggung jawab atas pengkhianatan itu adalah Ibrahim Alauri. Emir Khattab disebutkan menikahi seorang wanita Dagestan dan memiliki tiga orang anak.

Media kafir telah menciptakan dan menggambarkan sosok Emir Khattab sebagai seorang pengganas dan pemberontak. Namun di mata para pejuang Allah SWT dan sebahagian besar umat Muslim seluruh dunia, beliau adalah salah seorang pemimpin yang berani melawan cengkaman kuku-kuku imperialisme dan beliau merupakan inspirasi bagi siapapun yang membela agama Allah SWT..

CATATAN DAN NOTA:

- Pada tahun 1996 Emir Khattab di kurniakan Pingat Tertinggi dari First Chechen Presiden iaitu Zalimkhan Yandarbiev kerana perfomance beliau dalam ketenteraan Islam.

- Russia telah mengeluarkan waran isu antarabangsa melalui interpol ke atas Emir Khattab kerana memimpin dan memicu Pejuang-pejuang Muslim dari Arab masuk ke Chechnya dan membentuk Militan.

- Pada tahun 1998 Emir Khattab bersama rakan karib yang juga rakan seperjuangan nya iaitu Shamil Basayev telah membentuk sebuah pasukan Mujahidin dalam jumlah anggota skala besar yang bernama "The Islamic International Peacekeeping Brigade - IIPB also known as The Islamic International Brigade" di mana beliau sendiri pada August 1999 melancarkan Brigade itu secara rasmi dan memimpin sendiri pasukan itu. Pasukan itu di sertai oleh Pemuda-pemuda Chechnya, Arab dan Dagestan di mana akhirnya pada tahun itu juga pasukan itu berjuang dalam pertempuran besar dan sengit di Dagestan.

- Pada malam tanggal 03 march 2002,Komander yang gemar berjenaka ini menghembuskan nafas yang terakhir setelah di racuni dengan surat beracun dari seorang tali barut bernama Ibrahim. Selang beberapa bulan dari tarikh kesyahidan Emir Khattab, Ibrahim si Tali Barut di temui mati di bunuh dalam operasi yang di perintahkan oleh teman baik Emir Khattab iaitu Samil Basayev.

- Pemergian Emir Khattab di ganti oleh Emir yang juga berasal dari Saudi Arabia iaitu Emir Abu Al Walid yang juga di kenali dengan Emir Walid Al Ghamdi. Di khabarkan pembantu paling di percayai dan di sayangi oleh Emir Khattab yang juga merupakan orang kanan kepada Emir Khattan iaitu si pejuang gagah berani yang bernama Muhammad Al Shaaban turut menemui syahid di Dagestan pada 2 Oktober 2010. Al Ghuroba

adios

Sumber: (Mengenali Emir) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: