Rabu, 25 September 2013

1836. Lima tips menjaga hubungan yang berjauhan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.gr 
www.peceq.blogspot.com 

Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

بسم الله الرحمن الرحيم

5 Tips Menjaga Hubungan Jarak Jauh (Menarik!) 
|Shah| 
Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh sememangnya satu yang memeritkan. Apatah lagi jika ikatan itu baru sahaja dibina. Tidak boleh tidak, ia memerlukan pengorbanan dan setiap pasangan harus memahami di antara satu lain. Jika anda perasan, kebiasaannya pasangan yang berhadapan dengan isu Perhubungan Jarak Jauh ini adalah dari golongan guru. Baiklah jom kita ikuti 5 tips bagaimana kita mahu menjaga hubungan jarak jauh.
cinta-jarak-jauh

#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia
Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. 

Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah. 

#2 Berhubung Secara Kerap
Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi telah disediakan.

Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara bergilir-gilir. 

#3 Mengadakan Pertemuan
Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.

Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi. 

#4 Jujur Terhadap Pasangan
Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina.

Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti. 

#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama
Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif.

Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya.

Sumber: (5-tips-menjaga-hubungan-jarak-jauh-menarik/) . 

Baca Juga: 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS. Al’Imran 3:185) 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasan penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: