Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Soalan | Jawapan | Jenis Soalan | Tarikh Soalan |
---|---|---|---|
Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)" | Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). | Tatabahasa | 03.03.2009 |
berpegang teguh pada ajaran agama atau berpegang teguh kepada ajaran agama? mana satu yang betul? | Frasa yang betul ialah 'berpegang teguh pada ajaran agama'. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)berpegang teguh kepada ajaran agama ATAUPUN (B)berpegang teguh pada ajaran agama | Ungkapan yang betul ialah "berpegang teguh pada ajaran agama". | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasih | Ayat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. | Tatabahasa | 16.03.2012 |
Apakah peranan dan kepentingan laras bahasa dalam bidang keagamaan? | Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau ragam bahasa termasuk bahasa agama. Laras bahasa agama mempunyai gaya tersendiri dan kadangkala terpengaruh dengan cara bahasa Arab, | Lain-lain | 09.10.2006 |
Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral. | A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
maksud perkataan usrah | usrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
saya ingin menerbitkan sebuah buku tajuk/kategori agama mohon penjelasan selanjutnya | Sila hubungi En. Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam, di talian 03-21482661 atau e-mel azmi@dbp.gov.my, untuk mendapatkan penjelasan lanjut. | Lain-lain | 10.02.2010 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LARAS BAHASA AGAMA DAN MEDIA MASSA?BAGAIMANA DENGAN SEJARAH BAHASA DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU ITU SENDIRI? | Iaitu konteks penggunaan bidang agama dan media massa, dan tentang sejarah BM sdr bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa, Assmah Hj Omar dan Portal Pendidikan. | Lain-lain | 17.09.2007 |
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah Melayu | Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya. Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. | Lain-lain | 01.03.2008 |
Sumber: (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agama&d=10) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan