بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Soalan
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat.
Jawapan
Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat.
Jenis Soalan
Tatabahasa
Tarikh Soalan
22.03.2012
Soalan
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMAYANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.
Jawapan
Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".
Jenis Soalan
Tatabahasa
Tarikh Soalan
21.04.2011
Soalan
Ejaan bagi agama Islam. Sama ada "Agama Islam" atau "agamaIslam". Mana yang betul?
Jawapan
Ejaan yang betul ialah "agama Islam".
Jenis Soalan
Ejaan
Tarikh Soalan
27.06.2011
Soalan
Soalan mengenai penggunaan huruf besar atau kecil bagi perkara-perkara berikut :-
1. Pejabat Agama Daerah atau pejabat agamadaerah. Contoh ayat : Borang permohonan pendaftaran nikah boleh didapati di semua pejabat agama daerah/Pejabat Agama Daerah.
2. Mahkamah Syariah atau mahkamah syariah. Contoh ayat : Permohonan cerai boleh dibuat di Mahkamah Syariah/mahkamah syariah.
3. Surat Perakuan Nikah atau surat perakuan nikah. Contoh ayat : Setiap pasangan suami dan isteri akan diberi Surat Perakuan Nikah/surat perakuan nikah.
4. Surat Perakuan Cerai atau surat perakuan cerai. Contoh ayat : Selepas perceraian didaftarkan, suami dan isteri akan menerima Surat Perakuan Cerai/surat perakuan cerai.
5. Surat Perakuan Rujuk atau surat perakuan rujuk. Contoh ayat : Suami dan isteri yang telah merujuk semula akan diberi Surat Perakuan Rujuk/surat perakuan rujuk.
Jawapan
Ejaan yang betul ialah:
1. pejabat agama daerah
2. Mahkamah Syariah
3. Surat Perakuan Nikah
4. Surat Perakuan Cerai
5. Surat Perakuan Rujuk
1. pejabat agama daerah
2. Mahkamah Syariah
3. Surat Perakuan Nikah
4. Surat Perakuan Cerai
5. Surat Perakuan Rujuk
Jenis Soalan
Tatabahasa
Tarikh Soalan
27.08.2010
Soalan
BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN ETIMOLOGI PERKATAAN 'AGAMA' DALAM BAHASA MELAYU SECARA LENGKAP? APAKAH BEZA UGAMA DAN AGAMA? BAGAIMANAKAH DAN BILAKAH MUNCUL MORFOLOGI PERKATAAN UGAMA KEPADA AGAMA?
Jawapan
Tidak ada perbezaan antara perkataan agamadan ugama. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang digunakan ialah agama. Untuk menjawab pertanyaan saudara yang lain, soalan tersebut memerlukan kajian dan penelitian yang terperinci. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat penyelidikan.
Jenis Soalan
Istilah
Tarikh Soalan
25.02.2010
Soalan
(1) Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.
(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.
(3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan.
(4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.
(5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram.
(6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.
(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.
(8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama.
(9) Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja.
AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini.
Jawapan
1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agamadaripada ibu bapa.
2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agamayang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.
3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak.
4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.
5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram.
6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.
7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.
8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku.
9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja.
Jenis Soalan
Tatabahasa
Tarikh Soalan
14.04.2011
Soalan
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agamalain pun boleh menggunakan perkataan tersebut?
Jawapan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud
1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi.
2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai.
3. segolongan manusia, bangsa.
4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak digunakan untuk satu agama sahaja.
Jenis Soalan
Makna
Tarikh Soalan
11.02.2009
Soalan
Agama atau Ugama
Jawapan
Agama
Jenis Soalan
Ejaan
Tarikh Soalan
28.07.2011
Soalan
Istilah agama
1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah???
2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka?
|
Jawapan
Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi).
Jenis Soalan
Ejaan
Tarikh Soalan
11.01.2012
Soalan
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.com |
Jawapan
Ada beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah AgamaIslam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian.
Jenis Soalan
Tatabahasa
Tarikh Soalan
07.09.2012
Sumber: (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agama&d=10) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan