Isnin, 30 September 2013

1879. Projek naik taraf Masjidil Haram.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Kehidupan dunia sebagai pentas fitnah, menjerat diri atau wajarkah kenyataan dibawah sebagai halauan atau dorongan kehidupan?.
"Kalau seseorang sayangkan seseorang, maka dia akan lakukan apa juga demi mempertahankan perhubungan mereka. Dan kadang-kadang timbulnya benci. Bila sudah benci, dia akan lakukan apa jua demi untuk memperlihatkan kebencian atau menimbulkan kebencian yang mendalam." 

Rakyat Malaysia terlibat naik taraf Masjidil Haram.
MAKKAH - Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa 16 anak muda Malaysia terlibat dalam projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram di sini.

Sebenarnya, mereka adalah tenaga profesional yang dipilih sebuah syarikat kejuteraan antarabangsa, Premier Composite Technologies yang mendapat tawaran kerja projek di Masjidil Haram.

Projek terbesar dalam sejarah pembinaan Masjdil Haram itu ialah untuk memperluas ruang solat kepada lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu-satu masa.

Syarikat milik usahawan seorang rakyat Jerman beragama Islam berpangkalan di Dubai itu memilih anak-anak muda Malaysia untuk menyelia projek pembinaan Mahtab iaitu ruang tawaf bertingkat di sekeling Kaabah.

Pengurus tapak projek itu, Hairul Nizam Baharuddin, 36, berkata, beliau bertanggungjawab untuk mengurus projek dan menyelia lebih 100 pekerja termasuk 15 rakyat Malaysia yang berjawatan penyelia tapak dan projek.

"Pada asalnya kami bekerja dengan syarikat Premier Composite semasa satu projek di Melaka dan kemudiannya apabila syarikat ini mendapat tawaran projek di Masjidil Haram, kami ditawarkan untuk bekerja di sini," katanya anak muda dari Melaka itu kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sebelum ini rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi juga tidak mengetahui pembabitan anak Malaysia dalam kerja-kerja pembinaan di Masjidil Haram.

Bagaimanapun, baru-baru ini mereka bertemu dengan seorang ahli perniagaan Malaysia di sini yang mahu dikenali sebagai Pak Arshad dan melayan mereka seperti anak angkat.

"Pak Arshad yang mengetahui bahawa kami telah bekerja di sini kemudiannya membawa kami berkenalan dengan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di Arab Saudi," kata beliau.

Mereka mula bertugas di Makkah semasa projek pembinaan jam besar pada tahun 2010 dan terus berada di Arab Saudi setelah majikan mereka mendapat projek-projek lain di sekitar  Masjidil Haram.

"Pembinaan Mahtab bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan tenaga pakar dengan teknologi terkini untuk menampung jutaan umat Islam berjalan di atasnya", katanya.

Mahtab bertingkat setinggi 13 meter dan selebar 13 meter itu dijangka siap dalam selepas musim haji tahun ini sebelum disambung dengan projek pembesaran masjid pula.

"Kami bekerja secara syif 24 jam sehari dan saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pekerja di tapak projek manakala rakan lain adalah penyelia projek," kata beliau.

Katanya, mereka mungkin berada di tanah suci itu selama enam tahun lagi berikutan masih banyak kerja-kerja tambahan akan dilakukan di kawasan masjid berkenaan.

Beliau berkata, tugas mereka begitu mencabar kerana terpaksa menyelia pekerja-pekeeja binaan yang datang dari serata dunia dan kebanyakannya adalah dari Bangladesh, Pakistan, Syria dan Mesir.

"Selain itu, waktu bekerja pula terhenti-henti kerana semua kerja terpaksa dihentikan sejam sebelum masuk waktu solat dan disambung semula selepas solat dan waktu bekerja kami terpaksa dipanjangkan sehingga malam," kata beliau.

Bagi penyelia tapak, Nursham Ibrahim, 40, beliau menganggap peluangnya untuk bekerja di tanah suci adalah satu rahmat kerana selain mendapat rezeki lumayan, mereka juga dapat menyumbang tenaga membina projek terbesar dalam sejarah di Masjdil Haram.

"Bagi saya ini adalah kemuncak kejayaan dalam karier, apa lagi yang boleh dibanggakan oleh kita sebagai umat Islam selain dari terlibat dalam pembinaan Masjdil Haram," kata beliau yang juga berasal dari Melaka.

Mengenai perancangan mereka setelah pulang ke tanah air kelak, Nursham berkata mereka bercita-cita membentuk satu pasukan profesional bagi membuat satu projek yang bertaraf antarabangsa apabila pulang ke tanah air kelak. 

"Ini baru setakat idea, kami belum boleh nyatakan apakah rancangan kami apabila pulang ke tanah air kelak setelah kerja-kerja projek di Masjidil Haram ini siap sepenuhnya kelak," katanya. - Bernama

Sumber: (www.sinarharian.com.my/rencana/rakyat-malaysia-terlibat-naik-taraf-masjidil-haram-1.206734) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: