بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
6 golongan ahli neraka tanpa hisab.
Allah
S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan
bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari
akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk
hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya
dan menjauhi larangan-Nya.
Kesemua
manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas
dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat
malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka
tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran yang mereka lakukan
ketika di dunia.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: "Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."
Huraiannya adalah seperti berikut :
Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.
Pemimpin
yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan
negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku
adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam
neraka sebelum hisab (perhitungan amal).
Ma’qil
Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya :
“ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin
segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut
dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan
tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda
Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah
pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu
mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun)
Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka
pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat
kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami
menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama
mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Abdullah
bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu
akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu
akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada
pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan)
wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan
mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam
realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara
Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah
pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang
diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku
adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan
dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa
tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab
menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai
halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa
mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.
Perkembangan
terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan
kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk
perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang
satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang
dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya
seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi
laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan
melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun
hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas.
Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang
tidak berdosa!
Para
pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan
diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah,
mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada
kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu
yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang
adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.
Ingatlah
wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan
Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy di
Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat
maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka
tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.
Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
Islam
melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu
kaum/bangsa dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.
"Seorang
lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai
Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum
bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila
seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu
Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Dapat
difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula
oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan
penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa
yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap
dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.
Maksud
umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman
kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang
dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah
lalu dibela dan dipertahankan.
Dalam
hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan
ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan
umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk
kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu
Dawud).
Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.
Sifat
sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada
sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana
semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik
kesemua itu.
Dari
Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang
bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya
terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah
S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan
mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan
manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)
Seorang
ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia
bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah
satu amanah bukan satu keistimewaan dan boleh bermegah-megah.
Begitu
juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang
miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan
orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.
Firman
Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan
kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami
telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya
sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah)
ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'Janganlah kamu terlalu bangga,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan
diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)
Firman-Nya
lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman.
Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang
jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka
bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).
Jauhilah
sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di
dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.
Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan
adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada
umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan
berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.
Rasulullah
S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah
datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Peniaga
yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau
menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain
adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.
Rasulullah
S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada
setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat
suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Tujuan
perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan,
memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan
beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan,
hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul
serta perlaksanaan yang betul.
Sekiranya
seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu
timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu
barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan
kedalam neraka sebelum di hisab.
Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. (Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya)
Islam
amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu
yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan
oleh orang lain.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Sesungguhnya
orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang
jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas
seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk
menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.
Orang
jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik
sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika
silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.
Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Hasad
atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang
lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan
Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan
sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia
cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.
Hasad
dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki
kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka
dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.
Dalam
sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam
Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka
menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya
anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan
keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk
kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu
hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa
segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan
beliau dibebaskan.
Dari
Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada
hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya.
Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang
mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya
mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu)
kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia
menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf ,
namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun
aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Biasanya
ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada
pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan
matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih
dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .
Sumber: (Ahli neraka) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan