بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Wahai aku, hindarilah hal-hal fitnah. Usahalah wahai aku dari menjadi punca fitnah dengan menjaga tutur kata, tingkah laku dan sikap. Berpada-padalah bila bersua massa dan individu.
Akhir zaman, manusia semakin lupa mereka adalah hamba Allah S.W.T.. Sewenang-wenang memunggah kisah-kisah tidak benar sebagai bahan perbualan. Akhir zaman juga sudah tidak mengira perempuan atau lelaki sebagai tukang umpat keji.
Kebanyakkan pendengar yang membabitkan isu-isu peribadi yang menyerlahkan aib seseorang, tidak bersedia untuk mendapat khabar dari yang empunya diri. Mereka lebih suka mengguna pakai apa yang didengar yang belum tentu benar atau dusta sesuatu hal itu. Paling tidak ada pendengar yang terus mendiamkan diri dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal serta bercanggah dengan amanah Allah S.W.T., supaya patuh perentah dan menghindari larangan-Nya.
Islam telah memaklumkan kepada penganutnya bahawa peminum arak tidak boleh dijadikan saksi yang sah.
Malangnya akhir zaman semakin ramai kalangan peminum arak menjadi pemimpin dan kata-katanya diguna pakai bulat-bulat anggota masyarakat.
Hanya pendengar setia (mengamal perentah dan larangan Allah SWT) berusaha menemui pihak satu lagi untuk mencari atau mendapatkan kepastian perkara itu benar atau dusta. Jika tidak selagi itulah seseorang masih bersubahat dengan perkara fitnah atau dusta. Itulah jalannya mencari redha Allah SWT.. Tidak kiralah sama ada seseorang itu pemimpin, ketua masyarakat, guru, ustaz, ustazah, polis, tentera, imam, noja, bilal, amil, orang kebanyakan dan sebagainya.
Pendusta, peminum arak dan penzina, secara tidak disedari dalam bergaul dengan masyarakat sentiasa menjadi agen syaitan laknatullah, walau pun seseorang itu merupakan salah seorang ahli pidato, ahli motivasi dan sebagainya. Selagi tidak insaf dan tidak bertaubat. Wajarkah tiba-tiba kita tidak menegur sapa seseorang kerana mendengar berita dari pendusta, peminum arak dan penzina.
Nauzubillah.
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan