Isnin, 7 Oktober 2013

1944. Habis kerja halal, buat kerja haram.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Peceq: Penyakit akhir zaman ini bukan sahaja menghinggapi status minah kilang sahaja, malah tidak memilih bidang kerja. Habis kerja berpakaian secorak pelacur pun ada. Tahu-tahu ada yang "menjemput" diperkarangan tempat kerja. Beralasan pelbagai menipu suami pun ada. Jangan mudah percaya dengan yang beralasan "sibuk" atau "penat". Selidikilah di mana silapnya.

Siang minah kilang .. malam minah jalang ..

“Kalau datang siang, orang lain layan abang. Kalau abang datang malam, kami pula layan abang. Biasalah, kami kerja di kilang dan terpaksa mengikut syif (giliran bekerja). Bila dah balik kerja kilang, baru boleh buat kerja ini,” kata Maya, 26.

Dia antara lapan gadis berasal dari Aceh yang dikesan menjalankan kegiatan mengurut dan menjual tubuh secara sambilan di sebuah unit pangsapuri kos sederhana di Sunway Mentari, Bandar Sunway, di sini, bagi menampung kos kehidupan di perantauan.

Beroperasi sejak setahun lalu, rumah berkenaan yang terletak di tingkat enam pangsapuri itu langsung tidak kelihatan seperti rumah pelacuran kerana penghuninya bijak melindungi kegiatan mereka dengan menjadikannya sebagai asrama untuk pekerja kilang.

Difahamkan, khidmat gadis Aceh berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan, terutama warga asing, berikutan ia sukar diperoleh berbanding gadis wilayah lain dari Indonesia.

Wartawan Metro Ahad yang mendapat maklumat daripada penduduk di situ, menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki rumah itu. Jelas, ia dihuni beberapa pekerja kilang yang menjalankan kegiatan pelacuran pada waktu senggang.

sumber
Sumber: (Siang-minah-kilang-malam-minah-jalang) .
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)

                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: