بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Mengenali Asy Syahid Syed Qutb
Asy Syahid Syed Qutb, lahir pada 9 Oktober 1906. Mendapat pendidikan
pertama di rumah orang tuanya, yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun,
Asy Syahid Syed Qutb di hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut.
Pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an, dan akhirnya berjaya
menghafal seluruh Al-Qur`an. Diperakui sebagai intelektual Mesir,
pendidik, aktivis Islam, penyair, penulis revolusioner dan ahli gerakan
Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Hasan Al-Banna. Salah satu arkitek
utama dalam kebangkitan Islam terkini, bersama Abul A'la Maududi pendiri
Jamaat Islami Pakistan.
Asy Syahid Syed Qutb sebenarnya adalah sumber inspirasi, pencetus buah
fikiran, motivasi bagi jutaan pendokong Islam seluruh dunia bagi kembali
menghayati sebenar-benarnya ajaran Islam dalam kehidupan, merubah teras
politik dan sosial, mencerminkan prinsip-prinsip Islam hakiki. Beliau
adalah tokoh sebenar yang bulat berjuang untuk agama, menyerahkan
seluruh hidupnya untuk Allah, seorang Mukmin yang begitu kuat
keyakinannya, sehingga berupaya mempersembahkan nyawanya kepada
keyakinan dan akidah yang diyakininya.
Karya tulisannya masih di hirup segar hingga kini, sedia diterjemahkan
ke dalam berbagai bahasa di dunia. Antara tulisannya yang terkenal
awalnya berjudul 'Keadilan Sosial Dalam Islam', 'Masyahidul Qiamah Fil
Qur'an', 'Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam',. Beberapa karya Asy
Syahid Syed Qutb lainnya adalah: 'Haaza ad Din', 'Al-Mustaqbal Li Hadza
Ad-diin', 'Khashaish Tashawwur Al-Islami', 'Ma'alim Fi Thariq', dan
tafsir 'Fii Zilalil-Qur`a'n'.
Asy Syahid Syed Qutb menghabiskan bertahun tahun usia terakhirnya dalam
penjara. Mencurahkan seluruh jiwa dan fikirannya yang luar biasa dalam
tulisan- tulisannya dengan ungkapan kata indah, penuh makna dengan nilai
sastra yang tinggi. Semua yang membacanya, dapat merasakan semangat
hebat , lantunan fikiran serta getar rohaninya yang segar bertenga,
tercantum hebat dalam karya-karya tulisannya. Semuanya berputar dan
berhubungkait dengan konsep al-Tauhid Uluhiyyah, yakni hak Allah dari
sudut Al-Hakimiyyah dan Al-Tasyri' (pembuatan peraturan). Kerananya,(
ikrar 'Lailaha ilalLah') adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh
kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Seluruhnya itu mesti
dikembalikan kepada hakNya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan Al-Ikhwan Muslimun dan
pimpinannya ditangkap, difitnah merancang rampasan kuasa. Tanpa bukti
yang jelas, 7 orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati,
termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali,
ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan Muslimin di dalam Perang Suez 1948.
Tetapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur
hidup dan Asy Syahid Syed Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja
berat.
Pada tahun 1964, Asy Syahid Syed Qutb telah dibebaskan atas permintaan
peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tetapi Pemerintahan Revolusi
Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah Presiden Abdul Salam
Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Asy Syahid Syed Qutb
ditangkap semula pada tahun berikutnya. Alasannya adalah kerana Asy
Syahid Syed Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain itu,
Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Asy Syahid Syed Qutb terutama
Maalim Fit Thariq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap
seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.
Asy Syahid Syed Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya.
Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan
menemui Asy Syahid Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta
agar Asy Syahid Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau
dibebaskan. Tetapi Asy Syahid Syed Qutb dengan tegas menjawab;
" Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa
Tiada ILah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad
adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina.
Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara
batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "
Beliau juga mengatakan; " Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri
demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa Allah, sementara
engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," ketika agamawan
suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t sementara
menunggu untuk dihukum gantung.
Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Asy Syahid Syed Qutb digantung
bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul
Fatah Ismail.
Sungguh dunia Islam telah kehilangan sebuah permata, pejuang yang telah
mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid. Menjual harta dan dirinya
kerana Allah, jual beli yang pasti untung, sebagaimana janjiNYA.
Firman Allah swt bermaksud;
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu jenis
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Kamu
beriman kepada Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya dengan harta benda
dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui."
(Surah As-Shaf ayat 10)
Untuk kita Asy Syahid Syed Qutb memesan;
SAUDARA!
SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,
DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMU
MAKA DI ATAS TULANG-TULANGKU
YANG HANCUR LULUH,
NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........
TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA
SAUDARA!
KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANAN
MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU
TAMAN-TAMAN DI SYURGA
TUHANKU BANGGA MENERIMAKU
BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU
BAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI
SAUDARA!
PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR
DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI
BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYA
JANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADI
NUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........
kredit - Ahmady Tiryaqi
Sumber: (asy-syahid-syed-qutb) .
Sumber Video: (www.youtube.com) .
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan