Selasa, 8 Oktober 2013

1951. Cedera parah bila berguru dengan bangla celaka.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Ahad, 6 Oktober 2013


Padah berguru dengan Bangla Celaka

PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.


Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.
...............
Bangla pujaan UMNO BN Munafiqkun.

Protes.
Sumber: (Orangni) . 



Pengetua: Apa tersiar itu fitnah



Zainol terkejut membaca kejadian sebenar yang menimpa cucunya itu dalam Sinar Harian. 

JENGKA - Pengetua madrasah di Felda Jengka 11 mendakwa apa yang tersiar dalam akhbar berhubung seorang pelajar parah dirotan sebagai fitnah dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Pengetua madrasah terbabit ketika dihubungi Sinar Harian enggan memberikan sebarang kenyataan berkaitan kejadian terbabit kerana bimbang akan mengganggu urusan siasatan polis. 

Sementara itu, datuk mangsa pelajar terbabit terkilan apabila mendakwa pihak madrasah tidak memaklumkan lebih awal tentang keadaan cucunya. 

Zainol Mat, 60 berkata, madrasah terbabit terletak hanya selang sekitar 10 buah rumah dari rumahnya, malah dia sekeluarga amat mengenali pengetua madrasah tersebut. 

Menurut Zainol, dia dihubungi anaknya dari Selangor untuk mengambil cucunya yang demam di madrasah terbabit. 

“Saya mengambil cucu saya dan dia tinggal bersama tiga hingga empat hari sebelum diambil ayahnya ke Selangor. 

“Ketika saya mengambilnya, dia demam selain kakinya bengkak. Cucu saya beritahu dia kena bisul tanpa menceritakan perkara sebenar,” katanya. 

Melihatkan keadaan kaki cucunya yang semakin teruk, dia meminta anaknya yang berada di Selangor untuk mengambil cucunya itu. 

AKAN MENYUSUL.

ARTIKEL BERKAITAN


Sumber: (Pengetua: Apa tersiar itu fitnah - Sinar Harian) . 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: