بِسْمِ
 اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
 وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ 
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ 
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
9 JENIS NAMA ANAK SYAITAN MENURUT SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB RA
(1) ZALITUUN Duduk di pasar / kedai. Tugasnya Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu
(2) WATHIIN Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah
(3) A'AWAN Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama
(4) HAFFAF Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)
(5) MURRAH Merosak dan melalaikan manusia dari Allah. Orang yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dll
(6) MASUUD Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-kata mulut
(7) DAASIM Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahanrumah tangga lagi)
(8) WALAHAAN Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yang lain
(9) LAKHUUS Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari - Share & semoga bermanfaat.
Sumber: (menonggeng) .
Perhatian: Pemaparan 
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan 
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk 
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan 
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak 
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan 
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana 
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. 
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan