بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Inilah wajah sebenar pemimpin Umno, tak kira masa tak kira tempat. Bohong sudah sinonim dengan Umno. Bila nak berbohong sudah tidak terfikir lagi, janji dapat jawab dan lepas ketika itu sahaja.
Terbaru, Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Menteri KDN kononnya telah memberi penjelasan berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api.
Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa tiada penjelasan dari pihak KDN dan Polis. Apa cerita ni? Sudahlah senjata hilang, kini cuba berdolak dalik pulak. (*Tambah buat berita dusta lagi)
Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara..
Aset PDRM hilang: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar atas) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.
Sumber: (addin77) .~tmi
Laporan Audit: Ketirisan atau terlepas pandang?
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Oktober 2013
SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian kembali lagi pada Khamis ini dengan topik yang lebih hangat dan menjadi perbualan mutakhir ini iaitu berkaitan Laporan Audit Negara.
Pentas wacana kali bakal menampilkan tetamu hebat iaitu Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan seorang pemimpin pembangkang Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bagi mengupas isu tersebut.
Sementara itu, moderator yang akan menghangatkan program ialah Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Wacana Sinar Siri ke-24 akan membawa judul Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang.
Wacana akan bermula pada jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang yang bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan dialog kali ini dan masuk adalah percuma.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492), atau Nurkhairini di talian (019-3371066).
Pentas wacana kali bakal menampilkan tetamu hebat iaitu Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan seorang pemimpin pembangkang Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bagi mengupas isu tersebut.
Sementara itu, moderator yang akan menghangatkan program ialah Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Wacana Sinar Siri ke-24 akan membawa judul Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang.
Wacana akan bermula pada jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang yang bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan dialog kali ini dan masuk adalah percuma.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492), atau Nurkhairini di talian (019-3371066).
- Audit: Feldajaya gagal sewakan 106 lot kemudahan
- Laporan Audit: Ketirisan atau terlepas pandang?
- Audit: JPN disyor tingkat sistem pengurusan MyKad
- Audit: 3 projek sakit Taman Botani Shah Alam
- Audit: Pengurusan wang Planetarium Melaka lemah
- Audit 2012: Orang ramai gesa tubuh badan pemantau
- Audit: Kementerian Pendidikan cari solusi
- Audit: Kontrak rangsum kering TLDM terlalu tinggi
- Anwar desak siasat Laporan Audit
- DAP desak kerajaan audit JPM membazir
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan