Selasa, 8 Oktober 2013

1957. Kelantan oh Kelantan.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Kelantan sudahlah orang luar pandang dan ulas macam-macam, janganlah buat macam-macam atau semacam yang tidak bagus. Keadaan dan hal-hal macam inilah yang memberi ruang musuh dan musuh dalam selimut menjahanamkan nama baik Kelantan. 

Tamak haloba kan senada dengan kehendak syaitan laknatullah. Tamak haloba juga menjadikan seseorang PENDUSTA dan MUNAFIK. Jadi! hendak marahkan siapa?. Hendak cari salah siapa?. Cara sedemikian dapatkah kita bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T..?

Jangan beri ruang orang luar memburuk-burukkan Kelantan. Musuh kebiasaannya sedaya upaya mencari sana sini silap, mencerca dan mewar-warkan keburukkan dan menyembunyikkan kebagusan. 

Jagalah nama baik Kelantan. Kan Kah Kelantan juga bergelar Serambi Mekah, selain dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang.  

RM6000.00 bahagi 50 0rang = RM120.00 seorang. Agaknya secawan teh RM40.00? Caj meja kerusi ada? Nasi goreng sepiring RM70.00 atau pun restoran tersebut menyediakan menu air yang ada cap harimau bawah pokok kelapa? 

Tulis  bil pun "cincai"... "Makan dan Minum" (tulisan cantik) Kalau betul cajnya RM6000.00 Isi dengan lebih detail. Than sama-sama kira semula dengan tetamu restoran. Aku pun faham bab makan free nie. Nak nak kaki pangkah ... pelik-pelik menu dia sebat. Akhirnya melambak makanan tak habis jadi sisa. Tidaklah timbul rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

Peceq: Ulas Tanpa Prasangka. Rasa bersalah menyiarkan berita di bawah: Maaf kepada tuan puan empunya kedai. Baca juga edisi pembelaan diri dari tuan puan kedai (RM13.75 seorang selepas potongan RM500.00 untuk 400 orang makan bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan berita dibawah) . 


KOTA BHARU - [Dikemaskini] Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.

“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.


Artikel Berkaitan

Sumber: (http://www.sinarharian.com.my/restoran-caj-sarapan-vvip-rm6-000-1.209391) .

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: