بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Zahid Hamidi Bongkar Rahsia Umno
Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sering muncul di dada akhbar kebelakangan ini dengan komen-komen kontroversi dan keputusan yang menggemparkan beberapa pihak dalam masyrakat di Malaysia demi memuaskan hati pihak yang berkepentingan dalam negara.
Isu hangat terbaru Zahid melibatkan bagaimana cara dia dan pihak polis
menangani kadar jenayah di Malaysia yang semakin tinggi dengan tindakan
yang lebih tegas berserta undang-undang yang lebih zalim.
“Dia bercakap seperti karektor Godfather dalam cerita Mafia, seolah-olah
memberi isyarat hijau dan galakkan kepada polis yang suka menggunakan
pistol. Zahid sedang berusaha untuk memenangi kerusi dalam pemilihan
Umno.” Ahli parlimen pembangkang dari kawasan Batu, Tian Chua
memberitahu Malaysia Chronicle.
Polarasi yang membahayakan
Walaupun menerima kritikan dari Tian, begitu ketara ramai ahli parti
pemerintah Umno, bersetuju dengan Zahid , naib presiden mereka itu.
Dalam ucapannya pada hari Sabtu, Zahid mendedahkan bahawa polis di
Malaysia akan menembak dahulu. Dia juga dengan angkuhnya menegaskan
undang-undang menindas yang telah diperbaharui baru-baru ini, Akta
Pencegahan Jenayah 1959 adalah hasil usahanya. Reaksi yang pelbagai
diterima menunjukkan betapa merbahayanya polarasi kaum di Malaysia pada
hari ini.
“Ini sepatutnya menyedarkan rakyat Malaysia. Zahid bukanlah tin kosong
sebaliknya seorang ahli politik yang berbisa. Bagi sesetengah kelompok
masyarakat- pemimpin masyarakat, NGO, pihak pembangkang, ramai orang
Melayu termasuk majoriti bukan Melayu, komen kasar Zahid agak memalukan.
Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, dia sepatutnya dilucutkan dari jawatan. Namun di Malaysia, yang majoritinya adalah orang Melayu, dialah hero,” seorang pemerhati UMNO memberitahu Malaysia Chronicle.
Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, dia sepatutnya dilucutkan dari jawatan. Namun di Malaysia, yang majoritinya adalah orang Melayu, dialah hero,” seorang pemerhati UMNO memberitahu Malaysia Chronicle.
“Bagi orang Melayu, dia sedang melakukan apa pemimpin Umno yang baik
akan lakukan- apa sahaja untuk orang Melayu. Untuk memastikan orang
Melayu boleh melakukan apa sahaja, bukan Melayu sepatutnya disekat
dengan senjata dan undang-undang zalim supaya tiada siapa yang berani
membantah.
Kerana itulah saya menegaskan bahawa loceng kecemasan telah berbunyi dan bukan Melayu sedang membuang masa bermimpi tentang Malaysia untuk rakyat Malaysia. Jelaslah sudah, Melayu Umno tidak mahu ini berlaku. Mereka mahu berada di atas kaum lain dan kerana inilah kamu nampak hanya para pemimpinnya boleh terlepas daripada falsafah dan polisi kuno yang dibuat.
Kerana itulah saya menegaskan bahawa loceng kecemasan telah berbunyi dan bukan Melayu sedang membuang masa bermimpi tentang Malaysia untuk rakyat Malaysia. Jelaslah sudah, Melayu Umno tidak mahu ini berlaku. Mereka mahu berada di atas kaum lain dan kerana inilah kamu nampak hanya para pemimpinnya boleh terlepas daripada falsafah dan polisi kuno yang dibuat.
Ambil kesempatan untuk raih undi sebagai TP?
Zahid telah bercakap dalam taklimat kerajaan kepada pemimpin masyarakat
berkaitan isu sekuriti tetapi nampaknya perbincangan itu bertukar
menjadi hal ehwal Umno dengan Zahid mengambil kesempatan sepenuhnya
untuk meraih undi.
Dia merupakan salah seorang daripada timbalan presiden yang
mempertahankan kerusi untuk pemilihan parti yang bakal diadakan pada 19
Oktober ini.
Para wartawan telah dihalau keluar dipenghujung ucapannya, dengan Zahid
mengugut untuk menutup akhbar mereka jika mereka berani melaporkan komen
Zahid.
“Apakah situasi mangsa rompakan, mangsa bunuh semasa tembakan?
Kebanyakkan mereka adalah orang Melayu, orang kita,” Malaysiakini
melaporkan komen Zahid.
“Saya rasa paling berkesan adalah kita jangan lagi berkompromi dengan
mereka. Tidak usah beri mereka apa-apa amaran lagi. Jika (kita) dapat
bukti, (kita) tembak dulu.”
Tembak dahulu OK, tahan tanpa perbicaraan juga OK
Menurut Malaysiakini, Zahid juga menyentuh tentang 28000 daripada 40000
orang ahli kumpulan yang dikenalpasti oleh pihak polis dalam operasi
membenteras gangster sebagai kaum India yang juga warganegara dan tidak
salah jika mereka diberkas.
Menteri Umno itu juga menyentuh tentang kejadian tembak mati bagi lima
orang India yang disyaki sebagai gangster di Pulau Pinang pada bulan
Ogos dan mengutuk timbalan menteri yang mempersoalkan insiden tersebut.
Walaupun dia tidak menyebut nama timbalan menteri itu, jelas dia sedang
merujuk kepada P Waythamoorthy.
“Ada seorang timbalan menteri…dia mempersoalkan saya dan polis. Dia
bertanya kenapa tiada tembakan amaran dahulu sebelum menembak. Saya
berkata, jika anda mahu berada dalam NGO, letak jawatan sebagai timbalan
menteri. Dia tidak layak menjadi timbalan menteri,” kata Zahid yang
disambut dengan sorakan.
APJ Kejam itu hasil usaha saya- kata Zahid
Zahid juga dengan angkuhnya berkata pindaan terhadap Akta Pencegahan
Jenayah 1959 (APJ) yang memperkenalkan semula penahanan tanpa
perbicaraan merupakan “undang-undang baru saya”. Pindaan terhadap APJ
ini membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun untuk
satu-satu masa.
“Kita menyiasat (kes jenayah), kita bawa ke mahkamah. Jika tiada bukti,
tidak mencukupi, sekurang-kurangnya kita boleh tahan dia sehingga 2
tahun. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi.”
Zahid terus bercakap tentang bagaimana dia memujuk Kabinet serta Speaker
Parlimen Pandikar Amin Mulia dan polis untuk menyokong ideanya.
"Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan, Ordinan Darurat telah
dimansuhkan, Akta Kediaman Terhad telah dimansuhkan, tetapi mereka
(pembangkang) terlepas pandang APJ 1959, mereka tidak menyedarinya.
"Saya berbincang dengan jeneral inspektor polis. Saya juga telah
berbincang dengan penasihat undang-undang kementerian, saya maklumkan
ini boleh digunakan. Saya (membincangkannya) dan (menteri yang
bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen) Shahidan Kassim rancang
apabila tiba masanya (untuk mengundi), ... speaker akan berada di pihak
kami, setiausaha Dewan Rakyat akan berada di pihak kami," katanya.
Kenyataan terkini Zahid bercanggah dengan apa yang dibuatnya kurang
daripada dua minggu lalu, ketika ditanya apakah peluangnya dalam
mempertahankan jawatannya dan jika dia telah menggunakan kedudukannya
sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mendapat sokongan akar umbi Umno.
Sebagai penyandang, saya sedang menjalankan tanggungjawab yang diberikan
kepada saya. Sebagai Menteri Dalam Negeri, apa yang saya lakukan
bukanlah untuk mencapai matlamat politik tetapi untuk menjaga
keselamatan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Zahid lagi. ~mc
Sumber: (addin77.blogspot.com) .
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan