Khamis, 10 Oktober 2013

1969. Macam-macam hal bila namanya politik.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 YANG TIDAK DILAPORKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 4 hours ago
*Ini yang buat para pemimpin UMNO/BN menyirap darah dan berasap telinga ... adakah patut laporan Ketua Audit Negara 2012 puji habis negeri-negeri yang ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat. Tak lama lagi akan keluarlah kenyataan yang akan memburuk-burukan Ketua Audit Negara dengan pelbagai labelan dan panggilan. Sedang menunggu apakah kenyatan yang bakal terhambur dari mulut Ibrahim Ali dan Perkasa.*

Apahal Ali Rustam nih?.. Kalah dikawasan Melayu tapi Cina pulak dipersalahkannya...

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 4 hours ago
Dalam usahanya untuk mengambil hati ahli-ahli UMNO agar memilih beliau dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini, Bekas Ketua Menteri Melaka telah cuba sedaya upaya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah seorang yang racist selaras dengan Parti Perkauman itu. Biarpun usahanya untuk dilihat sebagai racist itu kelihatan berjaya, namun begitu ianya juga menyerlahkan kebebalan beliau..

Baca apa yang diluahkannya terhadap kaum Cina baru-baru ini.. "Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di majlis usahawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

"Bukanlah orang Cina pandai berniaga tetapi perniagaan mereka kebanyakannya haram." Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata meskipun beliau berhempas-pulas pada pilihan raya umum lalu namun beliau tetap tidak diundi oleh kaum Cina.

Mohd Ali baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi PUNB, satu agensi yang ditubuhkan untuk menambah penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

"PUNB hanya dianggap berjaya apabila sesebuah rangkaian perniagaan itu bermula dari pembekal sehinggalah ke penjual terakhir adalah orang Melayu," katanya.

Ucapannya kemudian terarah kepada DAP sambil berkata jika parti pembangkang mengambil alih negara, orang Melayu akan merempat di Sungai Gombak.

Mohd Ali kemudiannya berkata Pulau Pinang tidak akan kekal sebagai hab pelancongan kerana ketua menterinya seorang yang rasis.

"Tidak mustahil baginya menekan orang Melayu sehabis-habisnya," katanya merujuk kepada Lim Guan Eng ~ laporan penuh sila baca di ( SINI )

Beliau telah meletakkan punca beliau kalah pada PRU13 yang lalu kepada kaum Cina, kerana menurutnya Kaum Cina tidak mengundinya..

Malangnya beliau tidak sedar bahawa kawasan yang ditandinginya itu ialah kawasan dimana Melayu adalah pengundi majoriti.

Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.

Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.

Nak jadi Hero Melayu pun bercakaplah berdasarkan fakta.. ni bedal membabi buta saja apa kejadahnya ni?

Husam taji kerajaan Kelantan kerana naik tarif air

GeloraHatiMuda at Gendang Perang - 5 hours ago
KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu. Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.

Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Husam juga berkata, syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.

"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.

Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.

Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.

Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.

Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.

"Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - Bernama

Sumber: (www.blogger.com) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: