بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Pekung Zahid Hamidi Di Ungkit Semula..
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang popular menjelang pemilihan
Umno bakal berhadapan ranjau berduri untuk mempertahankan jawatan naib
presiden yang disandangnya susulan kes belasah melibatkan seorang ahli
perniagaan diungkit semula.
Peguam Karpal Singh menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk
membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam
Negeri itu.
Karpal memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya
tidak berpuas hati kerana perkara sebenar disembunyikan daripadanya
selepas anak guamnya dan Ahmad Zahid bersetuju untuk menyelesaikan kes
tersebut di luar mahkamah pada Julai lalu.
Peguam veteran itu berkata, beliau kesal kerana peguam kedua-dua belah
pihak dikeluarkan ketika keputusan tersebut dibuat oleh hakim Mahkamah
Sesyen Rohani Ismail.
Hanya plaintif iaitu Amir dan Ahmad Zahid berjumpa Rohani yang
kemudiaannya mengarahkan terma dan syarat penyelesaian tersebut
dirahsiakan, kata salah seorang peguam mewakili defendan, Datuk Shamsul
Baharain.
"Saya menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka kes ini semula," kata Karpal.
Katanya, kes ini sepatutnya didengar pada Ogos dan hakim perbicaraan
perlu diberitahu tentang status hal ini walaupun penyelesaian berjalan
dan kes dikatakan sudah selesai.
"Selalunya, hakim perbicaraan akan merekod status kes dan menolak kes
tersebut sekiranya kedua-dua pihak menyelesaikan tanpa sebarang
perbicaraan," katanya.
Karpal bagaimanapun berkata, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan
jika pihak yang terlibat tidak gembira dengan terma perjanjian semasa
pengantaraan.
Beliau berkata, Amir Bazli tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut dikatakan selesai luar mahkamah.
"Dia hilang. Dia tidak menjawab panggilan saya dan berhubung dengan saya.
"Sebelum ini, beliau boleh dihubungi dan berkata akan datang ke pejabat
lebih kerap untuk membincangkan kes ini," katanya, sambil menambah kali
terakhir beliau bertemu Amir Bazli adalah pada 18 Julai lalu.
"Dia memberitahu saya bahawa dia keliru. Saya menasihati beliau untuk
datang berjumpa saya selepas menyambut Hari Raya di Kota Baru, tetapi
sehingga kini dia tidak muncul," katanya.
Karpal berkata, Rohani juga mengosongkan tarikh perbicaraan dijadualkan pada Ogos selepas mengganggap perkara itu selesai.
"Pengantara dan hakim mahkamah sesyen yang mempunyai kuasa lebih rendah
daripada hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan
tarikh perbicaraan," katanya.
Selepas penyelesaian luar mahkamah tersebut dicapai, Ahmad Zahid mendedahkan Amir Bazli meminta maaf kepada beliau.
Sumber: (addin77.blogspot.com) .
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan