Khamis, 10 Oktober 2013

1974. Melayu gaduh pasal makan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Patutke yang bukan malay tertawa terbahak-bahak. Macam tajuk nie: 

EDISI MACAM-MACAM ADA!!!!! .... NAK MINUM KOPI DI KEDAI INI KENA GELAK KUAT-KUAT????

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
* Apakah pelanggan yang nak menikmati kopi di restoran ini ke gelak kuat-kuat atau lepas ini kopi disini pelanggan akan gelak kuat-kuat ataupun selepas minum kopi dan lepas bayar bil towkeynya akan gelak kuat-kuat. Apa pun Omak Kau tengah fikir .. bagaimana boleh datang "idea" anak namakan restoran ini Kedai Kopi Gelak Kua-kuat? *

Thursday, October 10, 2013

Kontroversi Kedai Makan Sarapan RM6ribu VS Wakil Mukhriz Mahathir.

Hangat beb isu neh. Ada dua sebab utama ;

1. Sebab membabitkan nama baik MB Kedah.

2. Sebab kedai makan neh dikatakan charge mahal sangat.

Wakil Mukhriz buat report polis. 

Katanya ;

1. Makan sarapan untuk 50 orang tapi charge sampai 6k

2. Mereka bayar tapi tak puas ahti dengan nilai makanan tersebut.

3. Pada mereka ia mahal sangat.

4. Tak berbaloi dengan apa yang mereka makan.

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/restoran-caj-sarapan-vvip-rm6-000-1.209391

Wakil kedai makan plak sembang lain. 

Dia kata ;

1. Wakil Mukhriz Mahathir menipu.

2. Yang sebenarnya mereka tak charge mahal. Tapi harga yang dikenakan adalah berpatutan.

3. Ini kerana rombongan yang hadir ialah dekat 400 orang.

4. Tempahan awal ialah untuk 200 orang, jam 8 - 9 pagi, sesiapa tak boleh hampiri restoran tersebut melainkan orang2 Mukhriz Mahathir jek pada waktu tersebut. Persetujuan juga sudah dicapai. RM17 sekepala. Harga ditentukan melalui menu. Tak boleh kata mahal ataupun murah sebab ia bergantung kepada makanan yang di order. Kalau dia order makanan mahal, mahal le jadinya. Ingatkan buat bufet, rupanya makan sendiri2. Asing2 air dan makanan. Biasanya kalau asing2 air + makanan, kiraan dia pun lain caranya.

5. Makcik tue kata, dia masak makanan lebih kurang untuk 600 orang makan untuk dijual di restoran dia dari pagi sampai ke petang. Tapi dah habis bila rombongan Mukhriz Mahathir, yang konon nya sepatutnya 200 orang, tapi yang hadir 400 orang, lepas tue dengan bungkus2 apa seme.
6. Bukan kisah apa pun. Orang nak makan, mereka jual makanan, lepas habis makan, bayar je la mengikut apa yang telah dipersetujui sebelum itu. Yang jadi isu bilamana tukang beli makanan cakap ia mahal dengan bil sarapan sampai rm6k. Berikut kat atas antara harga menu dia. Ikan cencaru tue rm4.00 sekor aku rasa, tapi titik tue tak nampak.

7. Makcik tue cakap itu pun bukan bayar sampai 6k sebaliknya bayar rm5,500 jek. Dah ada discount rm500. Tapi tukang bayar amek bill rm6k bukan bill rm5,500 tue.

8. Makcik tue muncul di SH sebab nak tampil beri penjelasan bagi menjawab fitnah yang tersebar ke atas restoran dia.

9. Makcik tue juga malu dengan tohmahan orang ramai ke atas restoran dia disamping itu prestasi perniagaan makcik tue merosot dengan teruknya semenjak berita mengenai makanan di restoran makcik tue mahal tersiar di akhbar sinar harian.

Ada orang cakap. Bill ini di charge kepada pentadbiran negeri Kedah. Yang bayar tue kerajaan negeri le. Bukan orang persendirian.

Tatau betul ke tidak.

Aku tak kisah la betul ke tidak bab tue. Pada aku lainkali kalau kakitangan kerajaan nak p makan dan sebagainya, buat bufet. Bufet murah sikit. Bufet pun boleh bungkus apa seme lauk2 yang tak habis tue. Kalau kira asing2 macam neh perghh memang la cara kiraan dia lain beb. Kena fikir gak tue.

Dalam kes neh sapa menipu, sapa jujur aku memang tak jelas. Cuma ini satu pengajaran juga. Kita boleh tengok cara orang2 kerajaan bekerja. Macam tak reti2 nak berfikir yang makan bufet tue lebih murah. Taknak pula fikir cara yang bersesuaian untuk menjimatkan wang. Tak kira la guna duit sendiri ke duit kerajaan. Tapi kalau dia betul2 fikir mesti ada cara terbaik punya nak jimatkan duit sambil dapat menjamu rombongan dengan kenyang . Dah makan pun macam2. Ayam la itik la itu la ini la lepas tue expect nak bayar murah yang amat2, macam tak kena juga tue. 

Aduhai.

Macam2..



Sumber: (amenoworld.blogspot.com) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: