Khamis, 10 Oktober 2013

1983. Macai KAH dia?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Sedang aku berdiam sambil update blog tadi. Adalah satu orang menimbulkan satu topik. Menarik atau tidak, topik yang ditimbulkan, bacalah hal seterusnya.

"Minyak "Singapore" mahal?" tiba-tiba dia memecahkan kedamaian keadaan aku waktu itu.

"Memang" jawab aku pantas."Tapi itulah harga minyak dunia turun, boleh harga minyak Malaysia naik." Sambungku lagi.
Bla bla bla... "Aku tak kisah minyak naik, asalkan barang tak naik. Lagi pun minyak 'kita' masih murah bandingkan Singapore."  "Lagi pun kerajaan kurangkan subsidi aje." Hujahannya lagi.

"Itulah seawalnya kurangkan subsidi sebagai alasan. Alih-alih Ron 95 lebih mahal dari Ron 97" Bidasan aku. Faham dia rupa-rupanya. Tanpa bangkangan.

"Nanti kau tengoklah sikit hari lagi semua barang dan perkhidmatan naik" Tambahku lagi. "Ah! tak mananyer" Tingkahnya kononnya cakapku tiada benarnya.
Aku tanya "Engkau pernah beli dan gunakan minyak petrol Singapura untuk kenderaan engkau?"
"Tak" jawab dia rengkas.

Aku sambung bual "Ini pengalaman aku 'speed' kenderaan aku dapat extra 30km/jam, menggunakan minyak 95 Singapura. Sampai di Malaysia aku beli minyak 97, prestasinya tidak tertanding dengan minyak 95 Singapura tadi."

"Impak qualiti minyak amat ketara." Tambah aku lagi.
"Engkau selalu ke sana, bolehlah engkau cakap." Serasi dia bercakap longlai.

"Pasal ada ruang ke sanalah aku tahu, benda- benda ini semua, taklah aku cukup dengar dan percaya sakan apa orang kata" Tambahku lagi. "Itu pentingnya ilmu, taklah kita diperkotak-katikkan oleh manusia pendusta antaranya"

"Lagi satu kenapa engkau tak bandingkan harga minyak Malaysia dengan Brunai?" Soal aku kepadanya.
"Brunai lain, dia negara pengeluar minyak, bolehlah." Pintasnya tanpa menyedari, terlupa atau tersasul (agaknyalah) Malaysia juga pengeluar minyak dan gas. Bab nie aku biarkan dia simpan cakapnya itu. Doa kepada Allah S.W.T., dalam hati, aku biar dia nampak sendiri 'kurang cerdiknya dia berhujah'

"Bab harga barang naik, engkau kena semak balik harga-harga barangan sebelum ini selepas minyak naik. Lagi pun kemungkinan besar harga gula akan naik selepas Hari Raya Haji ini, nak jaga kesihatan rakyat Malaysia kata someone." Bicara aku selanjutnya.

"Lain macam jawapan engkau. Engkau nie tak bulan, pkr." Sambil ketawa kecil, hujahnya menamatkan riwayat perbualan ringkas aku dengan dia, sambil berlalu pergi. Kenapa dia tak sebut sekali dap?, aku tak boleh join agaknya pada pandangannya.

Cakap secara logik akal dan berfakta, itu kesudahan rumusan yang dibuat sebab aku sentiasa membenam bual-bualnya tadi.

"Oh ya tak lama lagi dapatlah kau tengok tenda putra free." Antara kataku sebelum sudah bual-bual dan cakap-cakap itu tadi.

In Syaa Allah bermanfaat.

Sumber: (www.peceq.blogspot.sg) . 
Nota: Beli minyak petrol di Singapura ... Kalau SGD10.00 kita pam SGD10.01 tetap kita kena bayar SGD10.01. Tapi ada masanya kita dapat potongan harga, hadiah galakkan atau tarikkan untuk singgah lagi di stesen petrol tersebut.

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: