بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BANTING - Tindakan sebuah pengusaha restoran membuka premis seawal jam 10 pagi menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk, di sini.
Penduduk, Muhammad Sidek Ali, 50, berkata, dia mencadangkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan kepada pengusaha restoran sama ada Islam atau bukan Islam menutup premis sepanjang Ramadan.
"Penutupan itu perlu dilakukan untuk menghormati umat Islam yang menjalankan ibadat puasa.
“Kedai makan yang beroperasi di siang hari dilihat seolah-olah tidak menghormati umat Islam yang berpuasa,” katanya.
Menurutnya, tindakan sekumpulan pelajar dan orang awam yang singgah di beberapa premis menjual makanan ketika bulan puasa dicurigai.
Katanya, premis menjual makanan wajar dipantau bagi mengelakkan Ramadan ini tercemar dengan aktiviti ponteng puasa.
"Baru dua hari puasa, penduduk sudah nampak aktiviti tidak bertanggungjawab pengusaha restoran yang menjual makanan kepada orang Islam.
"Pemantauan perlu berterusan, jika tidak lebih ramai lagi pelanggan singgah di premis berkenaan tanpa diketahui tujuannya," katanya.
Sementara itu, Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat ( MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, pihaknya berharap sepanjang bulan puasa, semua premis makanan berkaitan ditutup sepenuhnya sehingga masa yang ditetapkan.
Menurutnya, pengusaha restoran dibenarkan mengendalikan premis bermula jam 3 petang iaitu menjelang buka puasa.
“Selain itu, agensi berkaitan dan penguat kuasa undang-undang akan mengenakan tindakan bukan saja terhadap peniaga, malah pekerja demi menjaga kemuliaan Ramadan.
“Dalam waktu terdekat juga, kita akan melakukan pemantauan antaranya bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk penguat kuasa agama Islam," katanya.
Dalam pada itu difahamkan, terdapat restoran makanan merayu kepada MDKL untuk membuka premis mereka seawal jam 10 pagi.
Permohonan itu masih dalam pertimbangan walaupun pengusaha premis terbabit pernah diberikan kebenaran membuka perniagaan mereka seawal jam 10 pagi tahun lalu.
Sebuah restoran 24 jam diarahkan memulakan perniagaan bermula jam 3 petang.
Sumber: (www.sinarharian.com.my) .
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan