Jumaat, 11 Oktober 2013

1990. Kenapa tidak begitu dan terjadinya begini. Emak, Bapak, aku sayangimu.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Remaja 15 Tahun Dari Johor Ke KL Cari Bantuan Untuk Ibu. Soz Cyili at Ameno World . Friday, October 11, 2013 - Remaja 15 Tahun Dari Johor Ke KL Cari Bantuan Untuk Ibu.

Mesti dia sayang sangat ibu dia. Mesti dia terlalu sayang untuk menjadi seberani ini. Dengan umur 15 tahun, seorang diri naik bas mencari krew Bersamamu dari Johor ke Sri Pentas dengan berbekalkan wang rm50.

Lihat bawah;
Jangan citer pasal pusat zakat, baitulmal dan sebagainya dengan aku. Aku dah pesan banyak kali. Hati umat Islam sudah mati bila mengenangkan pusat zakat. Kita patut bersama2, sesama kita, bersatu padu, bantu mereka yang memerlukan dengan mengabaikan terus kewujudan pusat zakat dan baitumal.

Hari ini hari dia, esok lusa pula mungkin hari kita. Kita hanya ada kita2 neh jek untuk mengadu permasalahan hidup.

Pemimpin, pusat zakat, baitulmal mereka takan dengar rintihan dan suara rakyat macam kita. Tinggalkan mereka. Mari la kita saling berpegangan tangan dan saling menenangkan sesama kita. Sudah sampai masanya untuk kita belajar hidup dengan beranggapan bahawa pusat zakat adalah aksesori yang berperanan sebagai penghias sistem, ia tak diciptakan untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Ia macam teddy bear yang kita letak dalam kereta. Ada sebagai penghias. Kalau takde pun takpe. Sekadar mencantikkan kereta meskipun menyempitkan ruang. Benda yang takde fungsi. Itulah dia pusat zakat.

Jom sebarkan kisah adik ini untuk kita sama2 mainkan peranan. Kecil ataupun besar sumbangan anda semua adalah amat dihargai. Yang penting ia ikhlas. Terima kasih. 
Peceq: Baru habis PMR dan itulah cita-citanya ke Seri Pentas sehabisnya PMR. In Syaa Allah beliau berjaya cemerlang dalam PMR. 

RESTORAN KEGEMARAN UNTUK MACAI-MACAI???????

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Sayang sekali restoran-restoran ini tidak menghidangkan makanan yang halal .... Kalau menghidangkan makanan dan minuman halal besar kemungkinan menjadi antara restoran atau kedai kopi kegemaran para macai UMNO berkumpul dan berlongok.*

WAJIB BACA: KISAH 2 RINGGIT, MASJID & GEREJA

Friday, October 11, 2013

WAJIB BACA: KISAH 2 RINGGIT, MASJID & GEREJA

KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita menginsafkan...

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yang dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan India suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik lima puluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah SWT nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap. 


 SUMBER: BLOG SERIUS


                                                Kenapa tidak begitu dan terjadinya begini.
Peceq: Time aku kesempitan dan dalam kesukaran hidup, beberapa tahun dulu, aku pernah terfikir untuk ke gereja meminta bantuan. Terfikir itu pun bukan kerana dengar cerita orang. Sayangnya di waktu yang sama aku tak pernah terfikir pun untuk ke masjid minta pertolongan. 

Kenapa ya Allah SWT., Engkau beri kotak fikiran aku waktu itu, jadi begitu?. Alhamdulillah aku tak jadi pun ke gereja atau masjid untuk meminta pertolongan. Akhirnya aku panjatkan doa ke hadrat Illahi, setelah pelbagai usaha disabotaj oleh orang yang sepatutnya lebih memahami. 

Bila aku lepas dari kesempitan dengan izin Allah SWT, orang yang sabotaj aku muncul semula dan merosakkan satu persatu makbulnya doaku kepada Allah S.W.T.. Kemudian pensabotaj terus berlalu pergi. Meninggalkan gelandangan fitnah sebagai impak

Sebagai sebuah jawapan tanpa prasangka terjadinya begitu kepada masjid, pusat zakat, baitulmal etc kerana kebanyakkannya lebih bercirikan Melayu dan kalau Islam tidak begitu rupa tingkah laku dan tindak susulnya "membantu membina Islam". 

PBO™ at pen buruk online ™ - 1 hour ago
Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina Saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat adalah calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama setelah menunjukkan permusuhan yang ketara dengan kaum Cina. Jika sebelum ini ketegasan dan pendirian tidak berkompro... more »

Berita Menggemparkan Rakyat Malaysia..

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - 1 hour ago
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memiliki aset lebih RM1 bilion di Malaysia. Bekas isterinya, Shahnaz A Majid (gambar) dalam keterangannya berkata, kekayaan bekas suaminya iaitu anak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mencecah RM916,073,565 hingga RM1.3 billion. Katanya, jumlah itu diperoleh setelah dia melantik seorang akauntan bagi menilai aset Mahmud Abu Bekir.Daripada jumlah keseluruhan, RM219 juta adalah nilai saham daripada 20 buah syarikat. Shahnaz, yang juga adik kepada... more »


Sumber: (www.blogger.com) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: