Ahad, 13 Oktober 2013

2006. Tahun 2020 menjadi titik tolak pembaharuan dunia?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

2020 tanggal tertegaknya Khilafah Islam di muka bumi

SELEPAS Israel mengumumkan rancangan dan pembangunan Israel 2020, Malaysia mengikut langkah Israel dengan menjadikan tahun 2020 sebagai sasaran untuk menjadi sebuah negara maju.

Indonesia juga mengambil langkah serupa. Arab Saudi mengumumkan perancangannya membangun kota moden di seluruh negara itu yang dijangka terlaksana pada tahun yang sama iaitu 2020.

Al Qaeda Internasional pun menjadikan 2020 sebagai batas dari target perjuangannya menumbangkan rezim thaghut dan menegakkan Khilafah Islam.
Ada apa dengan dengan 2020?

Ada hal menarik, mengapa mereka memilih tahun yang sama. Bahkan, National Intelligence Council (NIC) Amerika menurunkan laporan yang berjudul “Mapping The Global Future” (Memetakan Masa Depan Global) dengan memasukkan analisis badan-badan intelejen dari 15 negara.

Laporan tersebut menjelaskan ada empat senario dunia pada 2020.

Pertama, naiknya Cina dan India ke pentas dunia.

Kedua, Amerika berperanan dalam membentuk dan mengorganisasikan perubahan global.

Ketiga, akan kembalinya kekhalifahan Islam.

Keempat, munculnya lingkaran ketakutan dimana respon agresif terhadap ancaman teroris mengarah pada pelanggaran aturan dan sistem keamanan yang berlaku.


Ada pihak yang mengatakan bahwa ini sebahagian dari kerja zionis untuk projek Israel Raya-nya. Sudah lama mereka menunggu raja mereka –DAJJAL- yang akan muncul untuk memimpin dunia. 

Hingga nampaknya tahun 2020 akan menjadi pertaruhan bagi seluruh kalangan untuk membuktikan pihak mana yang akan mengambil kendali dunia.

Di dunia Islam sendiri diyakini bahwa Allah Subhanahu wa Taala akan mengutus para mujaddid (pembaru agama) pada setiap kurun waktu 100 tahun. Jika kehancuran dunia Islam ditandai dengan tumbangnya khilafah Turki Utsmani di tahun 1924, maka 100 tahun kemudian – menurut kalendar hijriah akan jatuh pada tahun 2020, yang merupakan waktu dimana janji Allah SWT untuk kemunculan para pembaharu agama ini akan direalisasi.

Apakah hubungan semua prediksi di atas dengan Mekah 2020?

Adakah pada masa itu umat Islam akan memerangi penguasa semenjung arab itu selaras dengan hadis Nabi SAW di bawah?





Sumber: (www.wasukalu.com) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: