Ahad, 13 Oktober 2013

2022. Hilang berbillion ringgit setiap tahun gara-gara Anwar.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  

Malaysia akan terus hilang berbillion ringgit setiap tahun gara-gara Anwar

PBO™ at pen buruk online ™ - Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.

KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.

Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.

baca lagi ..

“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.

Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.

Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.

Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.

Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.

Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah) oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.

“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.

Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.

“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan,” tegasnya.

PBO: ini semua salah Anwar .. hahahhaha .. sebenarnya Najib dan BN gagal dalam menunaikan manifesto pilihanraya .. mereka janji untuk mengurangkan kadar rasuah .. takpe .. pilih lagi .. dan nescaya cucu cicit kita akan merana .. . sumber

Sumber: (penburukonline) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: