Ahad, 13 Oktober 2013

2023. Petugas pemilihan Umno.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Petanda Umno Bakal Mati

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - PAS Kawasan Segamat mempersoalkan tindakan Umno Johor mengerahkan lebih 1,000 pelajar UiTM Segamat untuk berkhidmat sebagai pengira undi dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno. 

"Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar  UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini.
Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri.
"Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya. 
Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing. 
Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.-hrkh

Sumber: (addin77) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: