بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sikit-sikit kawan. Sehingga ada yang sanggup mengenepikan emak dan bapak yang membesarkan mereka. Bila sudah besar keluar rumah bekerja, langsung merasakan satu sms berharga RM1K.
Semasa dengan emak bapak habis harta emak bapak dihancurkan, dirosakkan, disorokkan dan macam-macam lagi. Sudah bekerja tahu kedekut. Bila susah cari emak bapak dan sesetengahnya siap janji nanti gaji bayar balik, rupa-rupanya sekadar cakap.
Sudah besar patutnya pandai menjaga diri sendiri. Ini suruh orang lain jaga diri dia. Sesetengahnya pula ada hati pula hendak jaga anak orang lain.
Ibu cekup anak gadis berpesta seks di rumah rakan
PBO™ at pen buruk online ™ - Kuala Lumpur: Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok
kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di
sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai
‘berpesta’ seks di premis berkenaan.
Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk.
Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk.
baca lagi ..
“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.
“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.
Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.
“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.
“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks.
Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis.
Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. . sumber
Sumber: (penburukonline) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan