بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
[TERBONGKAR] 10 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Tak Sah di Malaysia
Tahukah anda mengenai fakta-fakta berkenaan rokok seludup atau
kontraband di Malaysia? Anda mungkin akan pelajari beberapa perkara
yang baru di sini...
1. Malaysia pengguna rokok tak sah ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)
Pedagang rokok haram menjadikan Malaysia sebagai sasaran
berikutan keluasan pasaran dan mempunyai permintaan tinggi berbanding
dua negara yang memiliki harga penjualan rokok termahal di Asia
Tenggara.
Kerajaan rugi cukai RM700
2. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah tak sah (ITIC 2013)
3. Malaysia hilang hasil cukai bernilai RM1.9 bilion pada tahun 2012 kerana rokok haram
Negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion
melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala
penyeludupan rokok.
Seludup Rokok: Kastam Pertimbang Pindaan Akta Bolehkan Hukuman Penjara Mandatori Dikenakan
4. Di Malaysia, 'rokok tak sah' BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill
5. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara murah seperti jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League etc...
Kata Timbalan Ketua Pengarah KDRM, melalui kajian
dilakukan mendapati sejak 2002 hingga 2011, penjualan rokok sah menurun
sebanyak 32 peratus manakala dalam tempoh sama penjualan rokok tidak sah
meningkat sebanyak 62 peratus terutama rokok Gudang Garam, John,
Canyon, Era dan ...
myMetro | Rampasan rokok RM31j
6. Jenama-jenama ini di kilangkan di negara luar seperti Indonesia dan diseludupkan ke Malaysia
Ada beberapa laluan haram digunakan penyeludup dari Batam
untuk membawa keluar rokok ke Malaysia. Antara laluan haram itu ialah di
Batu Merah, Teluk Mata Ikan dan Nongsa.
myMetro | Batam 'eksport' rokok putih
Kilang terbabit tidak memaparkan papan tanda dan hanya
memaparkan nombor lot, tidak seperti dua kilang rokok berdekatan, yang
menghasilkan rokok jenama Luffman dan Rock terutamanya untuk pasaran
tempatan.
mStar Online: Ribuan Rokok Haram Dihasilkan Setiap Hari Untuk Malaysia
7. Rokok seludup kebanyakanya dijual oleh pendatang asing dari Indonesia dan Filipina
- Kata Penolong Pengarah Kastam, Mohd Fadzly Abdullah, rokok seludup biasanya dijual pendatang tanpa izin dari Filipina di sekitar Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Inanam, Menggatal dan RanauRCI Sabah: Malaysia rugi RM1 bilion kerana rokok seludup
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Abdul Manaf Othman,
"Kesemua rokok ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran
untuk pasaran di kawasan Lahad Datu."
New Sabah Times
8. Rokok tak sah adalah cara paling lumayan untuk mendanakan jenayah terancang dan aktiviti pengganas. Permintaanya tinggi, untung tinggi dan penaltinya rendah
Persekutuan Pengeluar-pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM)
merasakan saranan untuk menaikkan cukai rokok sehingga sebanyak empat
kali ganda merupakan cadangan eksais tembakau yang ekstrem yang
menguntungkan sindiket jenayah.
Eksais tembakau ekstrem, untungkan sindiket haram
Persekutuan Pengeluar-pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM)
merasakan saranan untuk menaikkan cukai rokok sehingga sebanyak empat
kali ganda merupakan cadangan eksais tembakau yang ekstrem yang
menguntungkan sindiket jenayah.
Eksais tembakau ekstrem, untungkan sindiket haram
Berjuta-juta daripada pendapatan dagangan haram tembakau
telah disalurkan kepada al-Qaeda, organisasi Taliban dan pertubuhan
pengganas yang lain, dan kini turut membiayai pemberontak Congo bagi
tujuan pengambilan anggota tentera yang terdiri daripada kanak-kanak,
perlakuan merogol dan membunuh secara berleluasa.
mStar Online: LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang
Berjuta-juta daripada pendapatan dagangan haram tembakau
telah disalurkan kepada al-Qaeda, organisasi Taliban dan pertubuhan
pengganas yang lain, dan kini turut membiayai pemberontak Congo bagi
tujuan pengambilan anggota tentera yang terdiri daripada kanak-kanak,
perlakuan merogol dan membunuh secara berleluasa.
mStar Online: LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang
Terdapat bukti jelas dan menyakinkan bahawa sebahagian
besar dana daripada pendapatan berbilion dollar daripada dagangan
menyeludup masuk rokok dunia, disalurkan kepada rangkaian pengganas
serta jenayah terancang antarabangsa.
9. Rokok tak sah dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga
RM3.50 sepaket. Ini bermakna, ia lebih muda dibeli oleh remaja bawa umur
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui
penjualan secara berleluasa rokok haram akan membantutkan usaha kerajaan
untuk mengekang keupayaan membeli rokok, terutama remaja dan pelajar
berumur 18 tahun ke bawah.
Minda Pengarang: Lambakan rokok haram ancam nyawa rakyat, jejas ekonomi negara
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui
penjualan secara berleluasa rokok haram akan membantutkan usaha kerajaan
untuk mengekang keupayaan membeli rokok, terutama remaja dan pelajar
berumur 18 tahun ke bawah.
Minda Pengarang: Lambakan rokok haram ancam nyawa rakyat, jejas ekonomi negara
10. Rokok tak sah mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri berikut (klik gambar untuk keterangan lanjut) mStar Online: LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang
Sumber: (coolstuffcdn) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan