Isnin, 14 Oktober 2013

2030. Kadar kesuburan Singapura amat rendah dan bilangan warga tua pula kian bertambah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Peratus orang Melayu Singapura kian merosot.

Ahli Parlimen bimbang kadar kesuburan turut menurun

Singapura: Seorang ahli Parlimen Melayu Singapura, Zainal Sapari melahirkan kebimbangan dengan kemerosotan peratusan orang Melayu di republik itu.

Zainal, Ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata keadaan ini sebabkan kesukaran menarik orang Melayu dari luar Singapura, tidak seperti kaum lain yang mempunyai sumber warga baru berbakat dari China dan India.
Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi," Zainal Sapar, ahli Parlimen Melayu Singapura
Hal itu, katanya boleh menjejaskan perangkaan pencapaian bangsa Melayu, apatah lagi kadar kesuburan orang Melayu juga sudah merosot dan perkahwinan campur membabitkan pasangan Melayu kian meningkat.

Menurut Zainal, warga baru Islam bukan Melayu yang dibawa masuk ke sini tidak boleh dianggap sebagai ‘pengganti’ kepada warga Melayu kerana mereka bukan bangsa Melayu.

Kesan statistik

“Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi,” katanya.

Keprihatinan berhubung peratusan orang Melayu pernah ditimbulkan beberapa ahli parlimen Melayu lain sebelum ini seperti Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Zaqy Mohamed (GRC Chua Chu Kang) dan Muhd Faisal Manaf (GRC Aljunied).

Zainal yang bercakap di dalam bahasa Melayu berkata Kertas Putih Kependudukan menimbulkan perbincangan hangat di kalangan rakyat dengan ramai bimbang mengenai implikasi sekiranya bilangan penduduk di Singapura mencapai 6.9 juta orang.

Namun, beliau akur isu itu penting kerana masa depan Singapura boleh terjejas sekiranya tiada tindakan dilakukan.

Kadar kesuburan Singapura amat rendah dan bilangan warga tua pula kian bertambah. - AGENSI
Sumber: (bharian) . 

BERITA BERGAMBAR.







Sumber: (cyberita) .
PUPUK MINAT: Cik Nur Adhana berharap usahanya di sekolah dapat memupuk cinta kepada mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajarnya. – Foto JOHARI RAHMAT

Cikgu Nur 'cipta sejarah'

Guru dari Maktab Rendah Catholic terima anugerah

SALAH satu cabaran berterusan bagi Cik Nur Adhana Mohd Anwar sebagai guru Sejarah ialah menekankan kepada pelajarnya bahawa pembelajaran sejarah menjangkaui jangkaan gred dan peperiksaan sahaja.

Malah, pemangku ketua subjek (Sejarah) di Maktab Rendah Catholic (CJC) itu selalu menekankan bahawa Sejarah adalah subjek penting dan kekal relevan masa ini kerana ia memberi konteks dan membantu kita memahami kejadian yang berlaku masa ini.

"Lihat sahaja konflik di Timur Tengah... ia bukan berlaku secara terpencil, tetapi bersangkut-paut dengan apa yang pernah berlaku di sana berpuluh-puluh tahun lalu," kata Cik Nur Adhana, 30 tahun.

Sementara akur masa di bilik darjah adalah terhad, guru yang berpengalaman tiga tahun mengajar itu berkata beliau cuba mencipta 'detik-detik pengajaran' bermakna kepada pelajarnya.

"Sebagai pendidik, kita perlu memaksimumkan masa pendidikan pelajar," kata Cik Nur Adhana lagi.
Komitmen Cik Nur Adhana pada tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengetahuannya yang meluas dalam sejarah membuat beliau dipilih memenangi Anugerah Guru Sejarah Cemerlang tahun ini.

Cik Nur Adhana dipilih daripada sembilan guru oleh panel pengadil yang terdiri daripada guru-guru dan anggota akademik.

Ditaja oleh Marshall Cavendish, anugerah itu diadakan sejak 2003 bagi mengiktiraf sumbangan guru sekolah menengah atau maktab rendah yang telah berbakti kepada pendidikan sejarah.

Selain menerima pingat dan sijil, Cik Nur Adhana bakal menerima tajaan sebanyak $4,000 bagi menghadiri sebarang persidangan di luar negara berkaitan dengan tugasnya atau menyertai program pertukaran profesional di sebuah negara asing.

Menurut pengerusi panel pengadil, Dr Kho Ee Moi, yang juga Presiden Persatuan Sejarah Singapura, Cik Nur Adhana telah menunjukkan pemahaman mendalam tentang falsafah pendidikan, terutama kepentingan dan matlamat pendidikan sejarah walaupun baru sahaja berkhidmat sebagai guru.

Selepas merangkul ijazah kepujian (Sejarah) dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam 2008, Cik Nur Adhana memulakan kerjayanya dalam dunia pendidikan dengan mengajar bahasa Inggeris dan Sejarah di Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist (PLMGS).

Selang dua tahun, beliau melanjutkan pengajiannya ke Institut Pendidikan Nasional (NIE) sebelum melangkah ke CJC dalam 2011.

Apabila dihubungi, pengetua CJC, Cik Christine Kong, berkata bahawa Cik Nur Adhana seorang warga maktab yang aktif dan amat dihormati.

"Beliau layak menerima anugerah ini dan kami begitu bangga akan pencapaiannya," kata Cik Kong.
Bagi Cik Nur Adhana, mengajar dan mata pelajaran sejarah menggabungkan kededua perkara yang memang dekat di hatinya dari dulu lagi.

"Dari dulu lagi, saya sentiasa tahu bahawa saya ingin mengajar.

"Dan setelah jatuh hati pada sejarah di universiti, saya kini lebih pasti kerjaya ini yang paling sepadan dengan cita rasa saya," kata Cik Nur Adhana lagi.

Sumber: (cyberita) .

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: