Khamis, 17 Oktober 2013

2047. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Innalillahiwainnailaihirojiun . Al Fatihah. 
Tentera hamil 2 bulan maut
BENTONG  - Anggota tentera yang maut bersama-sama suami dan anaknya dalam kemalangan di Km49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat sini pagi ini, sedang hamil dua bulan. 

Suri rumah Asliza Abdullah, 32, berkata sepupunya Koperal Nik Zaieyahaliza Ya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui laman sosial 'Facebook' bulan lepas. 

"Saya tidak menyangka pertemuan dengan Allahyarham pada Ramadan lepas merupakan yang terakhir...kami memang rapat sejak kecil," katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Bentong hari ini. 

Dalam kejadian 7.08 pagi itu, Nik Zaieyahaliza, 29, suaminya Koperal Jiman Raup, 32, dan anak mereka Nurul Damia yang berusia dua tahun, terbunuh apabila  kereta Perodua Alza yang dipandu Jiman merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.
REMPUH LORI: Koperal Jiman dan Koperal Nik Zaieyahaliza (gambar sisipan) serta anak mereka, Nurul Damia, terbunuh selepas kereta Perodua Alza mereka merempuh sebuah lori di lebuh raya Karak. - Foto THE STAR. Dapatan gambar (cyberita.asia1.com.sg) .


Asliza berkata Nik Zaieyahaliza merupakan anak sulung daripada enam beradik dan beliau seorang yang periang dan rajin. 

Beliau berkata ibu bapa Allahyarham kini menunggu jenazahnya dibawa pulang ke Jerteh, Terengganu untuk dikebumikan di Gong Tanah Merah.

Keluarga Jiman pula dijangka tiba dari Beaufort, Sabah malam ini. 

Jenazah tiga beranak itu dimandikan dan dikafankan di Kem Tentera 25 Melayu, Bentong. 

Sementara itu, seorang pegawai Maktab Tentera Diraja Sungai Besi yang enggan dikenali, berkata Nik Zaieyahaliza bertugas sebagai kerani di Bahagian Muzik maktab itu. 

Allahyarham menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003 sebelum bertugas di kem itu tiga tahun kemudian. 

"Allahyarham memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Jerteh bagi menyambut Aidiladha. Beliau dijangka memulakan tugas hari ini," katanya ketika ditemui di hospital itu. 

Jiman pula bertugas di Bahagian Perkeranian maktab itu sejak April 2012. - Bernama

Sumber: (sinarharian) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: