Jumaat, 18 Oktober 2013

2055. Kerajaan AS Dibuka semula.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kerajaan AS DIBUKA Semula

[Kosmo] WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula beroperasi semalam selepas Kongres AS meluluskan rang undang-undang untuk membuka semula sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang ditutup sebelum ini.

Sebelum ini kerajaan AS ditutup selama 16 hari setelah anggota-anggota Dewan Perwakilan daripada parti Republikan berbalah dengan pentadbiran Presiden Barack Obama berhubung dasar penjagaan kesihatan yang diperkenalkan untuk penduduk yang masih tidak memiliki insurans kesihatan.

Obama merupakan anggota parti Demokrat.

Satu persetujuan dicapai oleh pemimpin Dewan Senat AS, Harry M. Reid daripada parti Demokrat dengan pemimpin parti Republikan di dewan yang sama, Mitch McConnell berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang merupakan anggota majoriti di Dewan Perwakilan tidak bersetuju dengan dasar kesihatan Obama itu kerana ia dibiayai kerajaan persekutuan.

Dewan Senat mengundi 81 menyokong manakala 18 lagi menentang rang undang-undang yang untuk membuka semula kerajaan AS.

Rang undang-undang untuk membiayai kerajaan dan meningkatkan had hutang AS itu diluluskan di Dewan Perwakilan kelmarin dengan undi 285 menyokong manakala 144 anggota menentang.

Obama kemudian menandatangani rang undang-undang itu.

"Selepas dua minggu, tiba masanya untuk menamatkan penutupan kerajaan ini," kata seorang anggota Dewan Perwakilan parti Republikan, Harold Rogers.

Kelulusan tersebut membolehkan kerajaan berbelanja sehingga 15 Januari depan manakala Perbendaharaan dibenar untuk meminjam seperti biasa menjelang 7 Februari 2014 atau sebulan kemudian.

Sebelum ini, had hutang AS ditetapkan sebanyak AS$16.7 trilion (RM52.5 trilion).

Ekoran persetujuan yang dicapai anggota-anggota Parti Republikan itu di Dewan Perwakilan, had hutang AS tersebut akan dinaikkan.

Krisis penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Oktober 2013 berikutan kegagalan Kongres meluluskan bajet negara menjelang tarikh akhir 29 September lalu.

Sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang sebelum ini ditutup seperti taman-taman negara dan muzium.

Seramai 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan sebelum ini diarah tidak bertugas kerana mereka tidak diberikan gaji ekoran penutupan sebahagian agensi kerajaan itu. - Agensi - 18/10.13

Sumber: (duniacacamarba.blogspot.com) .

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: