Jumaat, 18 Oktober 2013

2056. Ribut yang pernah membadai Amerika Syarikat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

RIBUT YANG PERNAH MEMBADAI AMERIKA SYARIKATKemelesetan Besar (the Great Depression) merupakan masalah kemerosotan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Barat. Di Amerika Syarikat, Kemelesetan Besar ini bernula selepas kejatuhan pasaran saham pada Oktober 1929 yang mencetuskan pank di Wall Street dan pada masa yang sama menghapuskan berjuta-juta pelabur.

Dalam beberapa tahun kemudian, perbelanjaan pengguna dan pelaburan telah menurun, menyebabkan penurunan drastik dalam pengeluaran industri dan kenaikan kadar pengangguran. Pada tahun 1933, apabila Kemelesetan Besar mencapai titik terawalnya, lebih kurang 15 juta rakyat Amerika sedang mengganggur dan lebih daripada separuh bank-bank telah runtuh.

Ekonomi Amerika menemui titik kemelesetan pada musim panas 1929 dimana perbelanjaan pengguna telah berkurangan dan barangan-barangan yang tidak dijual mula bertambah. Pada masa yang sama, harga-harga saham mula meningkat. Di penghujung Oktober, gelembung (bubble) pasaran saham akhirnya meledak, dan daripada sini, pelabur-pelabur telah bermula melambakkan saham secara beramai-ramai, sekaligus mencatatkan rekod 12.9juta saham yang didagangkan pada hari tersebut.

Ini yang dinamakan sebagai “Black Thursday”. Lima hari kemudiannya, “Black Tuesday” pula berlaku apabila 16juta saham telah didagangkan selepas sebuah panik yang membadai Wall Street. Berjuta-juta saham akhirnya terapung dengan tiada sebarang nilai, dan pelabur-pelabur yang membeli saham menggunakan wang-wang yang dipinjam sekaligus tersungkur.

Dengan keyakinan pengguna yang menghilang, masalah ini mula merebak ke kilang-kilang dan perniagaan yang lain untuk mengurangkan pengeluaran dan pembinaan dan bermula untuk memecat pekerja-pekerja. Yang masih lagi mendapat kerja sebenarnya bukannya bernasib baik pun kerana bayaran gaji telah mengecut sekaligus memberi kesan kepada kuasa beli.

Rakyat yang membeli barangan menggunakan kredit secara terus dibadai dengan hutang, dan bilangan rampasan-rampasan dan penarikbalikan meningkat secara perlahan-lahan. Pematuhan kepada Piawai Emas merupakan salah satu punca yang menyemarakkan kesan-kesan Kemelesetan Besar untuk merebak daripada Amerika Syarikat ke negara-negara lain, terutamanya Eropah.

Kata-kata Presiden Herbert Hoover bahawa krisis Kemeseletan ini akan selesai dengan sendirinya hanya kekal sebagai jaminan kosong sahaja. Keadaan mula menjadi lebih teruk dalam masa tiga tahun. Pada tahun 1930, empat juta rakyat Amerika sedang mencari kerjadan dalam masa setahun sahaja, kadar pengangguran mencatat kenaikan kepada enam juta.

Pada masa yang sama, kadar pengeluaran industri telah kecundang. Pusat makanan dan rakyat yang kehilangan tempat tinggal semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat. Para-para petani yang sudah lama menanggung beban kemarau dan kejatuhan harga makanan terpaksa membiarkan hasil tanaman mereka oleh kerana mereka tidak mampu untuk mengambilnya.

Para-para pelabur yang telah hilang keyakinan dengan sistem bank mendesak deposit dalam bentuk tunai, sekaligus memaksa pihak bank untuk melepaskan pinjaman yang lebih besar untuk menampung rizab tunai mereka yang tidak mencukupi. Rakyat Amerika Syarikat telah berkali-kali bertindak untuk mengeluarkan wang-wang daripada akaun bank, sehinggalah pada awal 1933, dimana ribuan bank telah runtuh.

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, pentadbiran Hoover telah meluluskan pinjaman kerajaan kepada bank-bank yang sedang runtuh dengan idea untuk bank-bank tersebut memberi pinjaman kepada perniagaan-perniagaan yang akan mampu mengimbangi semula krisis pengangguran.

Tetapi Hoover mempunyai ideologi Republikan bahawa kerajaan tidak sepatutnya mencampurtangan secara langsung kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab untuk membentuk peluang pekerjaan dan melepaskan bantuan ekonomi kepada rakyat.

Ideologi inilah yang menyebabkan satu tsunami politik di Amerika Syarikat pada 1932. Untuk pengetahuan anda, Herbert Hoover dibawah Parti Republikan telah memenangi Pilihanraya Presiden 1928 sebanyak 444 kerusi (Parti Demokrat hanya 87 kerusi) dan 40 negeri (Parti Demokrat 8 negeri sahaja).

Tetapi dengan berlakunya Kemelesetan Besar ini, pilihanraya seterusnya telah menyaksikan sebuah tsunami politik yang sangat radikal apabila Herbert Hoover tewas dengan teruknya kepada calon Demokrat, Franklin D. Roosevelt. Herbert Hoover hanya memenangi 59 kerusi dan 6 negeri sahaja, manakala Franklin D. Roosevelt telah menguasai 472 kerusi dan 42 negeri, lebih besar daripada kemenangan Republikan yang asal.

Franklin D. Roosevelt memulakan harinya di White House dengan 15 juta penganggur (lebih daripada 20% daripada populasi keseluruhan). Ketika Hari Perasmiannya, semua negeri Amerika Syarikat telah mengarahkan semua bank untuk tutup, dan Perbendaharaan Amerika Syarikat (US Treasury) tidak mempunyai nilai tunai yang mencukupi untuk membayar pekerja-pekerja kerajaan.

Franklin D. Roosevelt, yang merupakan presiden kegemaran saya, memulakan kerjanya dengan sebuah propaganda untuk menyemarakkan semula semangat rakyatnya, dengan kenyataan, “the only thing we have to fear is fear itself”. Beliau bertindak secara segera untuk mengetengahkan masalah-masalah ekonomi negara. Beliau mengumumkan “Hari Cuti” untuk bank-bank tempatan selama empat hari supaya bank dapat ditutup dan Kongres dapat mencapai sebuah legislasi pembaharuan untuk membuka bank-bank tersebut dengan kecergasan yang lebih mantap.

Beliau juga bertindak untuk bercakap secara langsung daripada radio untuk menaikkan semula keyakinan awam. 100 hari pertama Roosevelt telah menyaksikan sebuah legislasi utama yang mensasarkan pengstabilan pengeluaran industri dan pertanian, membentuk peluang pekerjaan dan memulakan segala langkah kearah pemulihan ekonomi.

Beliau juga memperbaharui sistem kewangan Amerika Syarikat dengan penciptaan Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) untuk melindungi akaun-akaun deposit dan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk memastikan segala penyalahgunaan-penyalahgunaan di pasaran saham yang meledakkan Keruntuhan 1929 dapat diharamkan.

Walaupun segala dasar-dasar pembaharuan telah dibuat oleh Presiden Franklin D. Roosevelt, yang telah membantu mengurangkan kesan-kesan buruknya, ekonomi Amerika Syarikat masih lagi dalam bahaya sehinggalah pada tahun 1939 apabila Perang Dunia Kedua telah menaikkan industri tempatan.

Antara semua program dan institusi the New Deal (program pemulihan Roosevelt) yang paling banyak membantu adalah Tennessee Valley Authority (TVA), yang membina empangan-empangan dan projek-projek hidroelektrik untuk mengawal kadar banjir dan membekalkan tenaga elektrik kepada Lembah Tennessee. Dan kita tidak boleh lupa dengan Works Project Administration (WPA) yang membekalkan program kerja tetap; dengan jayanya memberi pekerjaan kepada 8.5 juta rakyat daripada 1935 sehingga 1943.

Dengan kepintaran Franklin D. Roosevelt ini, Amerika Syarikat sudah mula kembali ke jalan pemulihan apabila ekonomi berkembang selama tiga tahun, dan KDNK sebenar berkembang pada purata 9% setahun. Tetapi pada tahun 1937, sebuah kemelesetan kembali membadai Amerika Syarikat oleh kerana keputusan Federal Reserve untuk menaikkan keperluan wang di rizab. Ekonomi kembali ke jalan pemulihan pada tahun 1938.

Sebenarnya, Kemelesetan Besar ini bukan sahaja memberi impak dari segi ekonomi, tetapi sekaligus mengganggu perhubungan-perhubungan antarabangsa sekali. Kemeseletan Besar inilah yang telah mendorong kepada kebangkitan-kebangkitan gerakan politik berhaluan kanan yang ekstrim (far-right) di zon-zon Eropah, terutamanya rejim Nazi yang dikuasi oleh Adolf Hitler di Jerman.

Tindakan Adolf Hitler dalam konteks keganasan telah meledakkan sebuah peperangan di kawasan Eropah pada tahun 1939, dan WPA telah bertindak untuk mengukuhkan infrastruktur-infrastuktur ketenteraan walaupun Amerika Syarikat telah kekal dengan kedudukan neutral.

Presiden Roosevelt mengambil keputusan untuk membantu Britain dan Perancis (bersekutu sekali dengan Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet (USSR)) untuk menyekat kemaraan Jerman dan Kuasa-Kuasa Paksi. Tindakan ini telah menaikkan pembuatan barangan pertahanan dan ketenteraan, membentuk peluang pekerjaan di sektor swasta dengan banyaknya.

Serangan Jepun di Pearl Harbor pada December 1941 telah menyebabkan Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan perang , dan pada masa ini, kilang-kilang di Amerika Syarikat telah kembali beroperasi secara penuh. Dengan kelebihan ini, kadar pengangguran telah menyusut dibawah daripada angka asal pra-Kemelesetan.

Apabila Kemelesetan Besar membadai, Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara industri yang tidak mempunyai sebarang insuran pengangguran dan jaminan sosial. Pada tahun 1935, Kongres telah membentuk Social Security Act; buat kali pertamanya memberi bekalan kepada rakyat-rakyat yang menganggur, mempunyai kecacatan dan juga pencen kepada usia tua.

-- AFDS --

Sumber: (type theater) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: