بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Harapannya tukang kira undi esok bukanlah budak-budak tadika yang baru belajar mengira.Sampai sehari setengah mengira,ini baru 145,000 kertas undi bukan 24 juta kertas undi.
#MF
#MF
Bila buka akhbar hari ni, ada beberapa berita tentang penipuan undi Pemilihan UMNO. Siap ada bukti semua penyelewengan. Beginilah cara manusia nak kuasa sehingga sanggup buat kerja kotor. Saya tak salahkan UMNO, tetapi saya salahkan pemimpin yang gila kuasa. Saya harap UMNO sedia menerima laporan dan bukti yang dikemukakan perwakilan. Jangan berat sebelah.
Kemuncak Pemilihan UMNO 2013 akan berlangsung tidak lama lagi. Sebagai Perwakilan, setiap undi bukan sahaja akan menentukan arah tuju orang Melayu tetapi juga seluruh negara. Ini kerana UMNO merupakan parti politik terkuat dan paling berpengaruh di Malaysia. Setiap undi Perwakilan adalah penting dan mempunyai kesan kepada kehidupan segenap lapisan masyarakat sama ada ahli UMNO atau tidak.
Oleh sebab itu, para Perwakilan haruslah fikir masak-masak sebelum mengundi. Pemilihan yang diperhatikan oleh orang Melayu pada ketika ini adalah bagi merebut jawatan Naib Presiden.
Para perwakilan perlu berfikir, siapakah yang perlu diundi kelak. Setiap calon perlu dinilai dari segi karakter dan moral.
Bagi penyandang jawatan tersebut, adakah mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka mengikut keperluan dan kesesuaian orang Melayu dan juga Malaysia? Adakah mereka telah menilai setiap langkah yang mereka ambil untuk kebaikan orang Melayu dan Islam? Ataupun adakah mereka merebut jawatan Naib Presiden UMNO hanya kerana jawatan tersebut menjanjikan jawatan di Kabinet?
Setiap penyandang lain ceritanya. Ada seorang penyandang yang sangat lantang mempertahankan orang Melayu dan juga kaum yang lain. Beliau tidak kisah dicaci dan digelar seorang rasis dalam menjalankan tanggunjawabnya. Bijak mengatur langkah dan mentadbir kementeriannya yang diamanahkan menjaga keselamatan kehidupan rakyat Malaysia sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Bukan sahaja retorik tetapi setiap janjinya dikotakan dengan tindakan tanpa takut atau bimbang. Beliau kini disenangi oleh orang Melayu kerana terbukti dapat melindungi orang Melayu daripada ancaman luar dan dalam, Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam.
Ada seorang penyandang lagi sangat bijak berpolitik. Kedudukannya dari Timur Malaysia memudahkan beliau meraih jawatan di peringkat parti dan juga kabinet. Sokongan dari Timur amatlah diperlukan lebih-lebih lagi pada masa ini, apabila sokongan rakyat Melayu makin goyah di Semenanjung. Walaupun telah beberapa kementerian pernah diamanahkan kepadanya, orang Melayu masih belum benar-benar mendapat manfaat daripadanya. Sungguhpun begitu, beliau bebas dari skandal. Beliau bijak tidak membenarkan musuh politiknya mencari ruang untuk menyerang beliau.
Seorang lagi penyandang, lain tanggungjawab yang diberikan lain pula yang dibuat. Beliau pernah diamanahkan untuk menjaga sebuah kementerian yang kini diamanahkan pula kepada seorang lagi penyandang. Kementerian tersebut sangatlah penting untuk orang Melayu kerana selain keselamatan, ia juga mempunyai kuasa meluluskan kewarganegaraaan bagi orang luar yang sangat kepingin menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Setiap menteri di jawatan tersebut tidak akan sesuka hati dan sewenang-wenangnya meluluskan kerakyatan yang dipohon. Ada seorang menteri pernah hanya meluluskan lebih kurang 300 permohonan sahaja, ada yang seratus lebih. Tetapi lain pula bagi penyandang ini. Beliau terus membuat satu pasukan khas bagi memproses ribuan permohonan kewarganegaraan. Orang dari Thailand, Vietnam, China dan Indonesia, ramai kini memiliki kerakyatan Malaysia. Adakah orang Melayu dapat manfaat dari tindakan beliau? Bahkan ada kerakyatan yang diluluskan beliau dan disampaikan kepada sami-sami didalam kuil mereka. Adakah ini memartabatkan orang Melayu? Ketika penyandang ini mengetuai kementerian yang diamanahkan menjaga pendidikan anak-anak Malaysia, apakah tindakan beliau yang memanfaatkan orang Melayu? Bukan setakat itu sahaja, skandal memenuhi diari dan rekod beliau. Daripada awal pembabitannya dalam politik, bahkan sebelum itu lagi, gambar beliau di luar negara memegang dan meneguk arak tersebar dan dilihat oleh orang Melayu dan bukan Melayu, adakah ini mencerminkan maruah kaumnya?
Para Perwakilan perlu ingat, calon yang dipilih adalah untuk manfaat orang Melayu dan Islam, kerana bahawasanya hanyalah UMNO yang dapat membela orang Melayu dan Islam. Para Perwakilan perlu sedar bahawa mereka tidak dikuasai oleh ketua-ketua bahagian atau ketua-ketua sayap parti. Mereke perlu sedar bahawa mereka tidak perlu mematuhi nasihat yang diberikan oleh mereka yang penuh dengan onar dan skandal. Kuasa adalah ditangan para Perwakilan, sebab itulah Pemilihan UMNO ini diadakan dan cara undian diubah supaya para Perwakilan sendiri dapat menentukan kepimpinan parti.
Setiap ahli Perwakilan mempunyai kuasa di tangan, janganlah jadi lembu dicucuk hidung, setia menurut tanpa berfikir berpandukan senarai yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Buktikan kepada kepimpinan dan orang-orang besar di atas bahawa Perwakilan mempunyai hak untuk bersuara dan menentukan sendiri hala tuju parti. UMNO perlu berubah, dan setiap orang Melayu sama ada ahli UMNO atau tidak sedang menantikan perubahan yang ditunggu-tunggu. Undilah dengan bijak, undilah calon yang dapat menyelamatkan orang Melayu dan undilah calon yang dapat meninggikan martabat orang Melayu. Undilah calon yang tidak mempunyai kepentingan dan terbukti bebas dari imej kotor. Undilah seseorang yang benar-benar mencerminkan PERUBAHAN UMNO bukan KEBURUKAN UMNO.
p/s: Undi anda menentukan hala tuju kita di PRU akan datang.
#ASH
Ada benarnya teori -SAM- tentang musang PR berbaju UMNO.Setiapkali kita beri tumpuan dan ketengahkan parasit dan virus dalam parti golongan ini akan membawa agenda kononnya kita memecahbelahkan Melayu,merosakkan parti.
Walhal pada perkara yang jelas salah di mata mereka tidak bersuara.
Apakah mereka sebenarnya bimbang sekiranya UMNO berjaya dibersihkan maka misi mereka untuk menghancurkan UMNO dsri dalam akan gagal?
Kita tunggu dan lihat.Kerana bangkai gajah masakan ditutup dengan nyiru...
#MF
Sekadar pandangan
Tun Mahathir di masa pemerintahan beliau, beliau menjalaninya dengan cara yang 'strict' dan tegas.Walaupun kadangkala tindakan beliau dilihat agak 'ganas' atau 'kuku besi' tapi tidak pula ia menyebabkan lebih ramai rakyat memberikan persepsi buruk kepadanya.Malah usaha beliau berjaya membantutkan parti-parti saingan dan menjadikan negara rasa lebih selamat untuk didiami. Jadi, saya rasa, alasan untuk tidak bertindak tegas demi mengawal persepsi rakyat adalah tak tepat rasanya...Ia sebenarnya akan membuatkan rakyat lebih marah sebenarnya.
Kami memilih Mukhriz BUKAN kerana sekadar bapa beliau, bekas Perdana Menteri Malaysia tetapi...
Tun Mahathir di masa pemerintahan beliau, beliau menjalaninya dengan cara yang 'strict' dan tegas.Walaupun kadangkala tindakan beliau dilihat agak 'ganas' atau 'kuku besi' tapi tidak pula ia menyebabkan lebih ramai rakyat memberikan persepsi buruk kepadanya.Malah usaha beliau berjaya membantutkan parti-parti saingan dan menjadikan negara rasa lebih selamat untuk didiami. Jadi, saya rasa, alasan untuk tidak bertindak tegas demi mengawal persepsi rakyat adalah tak tepat rasanya...Ia sebenarnya akan membuatkan rakyat lebih marah sebenarnya.
Kami memilih Mukhriz BUKAN kerana sekadar bapa beliau, bekas Perdana Menteri Malaysia tetapi...
2. Baru beberapa bulan menjadi Menteri Besar beliau telah bawa banyak pelaburan dan pembangunan di Negeri Kedah termasuk di Kulim Hi Tech Park yang lesu sejak beberapa tahun sebelum ini.
3. Seorang yang diyakini bersih dan sangat berhati-hati bermain dengan wang termasuk politik wang.
4. Telah memulakan usaha membendung penularan SYIAH di negeri Kedah dan bakal dicontohi beberapa negeri lain.
5. Seorang yang mesra rakyat walaupun beliau pernah menjadi ahli korporat yang berjaya.
6. Jati diri Islam dan Melayu yang kuat selain BEKAS pelajar MARA!
7. Mempunyai semangat sukarelawan apabila pernah mengetuai Mercy Malaysia mengikut jejak bapa beliau.
8. Satu-satunya Menteri Besar yang declare tiada sebarang projek kerajaan kepada keluarga sendiri di negeri Kedah .
9. Menangani masalah sampah di negeri Kedah
10. Memulakan projek Port Kuala Muda
11. Seorang yang berani bersuara dalam beberapa isu melibatkan kepentingan bangsa
12. Kita tahu siapa penasihat terbaik beliau secara tidak langsung, beliau tak perlu upah orang, lantik konsultan untuk menjadi penasihat.
13. Memberi banyak anak muda dalam segala hal dan pentadbiran sejak menjadi Timbalan Menteri.
14. Tindakan untuk bertanding Naib Presiden ini pada asalnya tidak mendapat perkenan Perdana Menteri tetapi beliau berani mencuba
Sungguhpun begitu, saya akui, beliau banyak kelemahan dan beliau masih lagi muda dan perlu belajar. InsyaAllah, kami sentiasa menegur jika ada yang tak kena.
UMNO perlu ada orang seperti Mukhriz, sekurangnya ada orang kita tak bergantung ketika putusnya harapan kita terhadap UMNO. Beliau ingin melakukan transformasi terhadap UMNO. Jadi marilah kita bersama beliau.
Saya merayu kepada perwakilan, buatlah keputusan sendiri, tak perlu ikut Chai atau aturan dari Ketua. Kita mampu dan perlu BERANI BERUBAH.
Sumber: (Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan