بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI TIDAK DITERBITKAN UTUSAN DAN BERITA HARIAN MALAHAN BAKAL BUAT JUAK-JUAK UMNO BERANG!!!! ... DSAI DI BERI PENGHORMATAN BERKHUTBAH SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR,ADELAIDE, AUSTRALIA!!!!
Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap di beri penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar, Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan Kutbah Solat Jumaat.Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh Para Pegawai Masjid berkenaan untuk Pemimpin Luar Negara.
Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.
Omak Kau sehingga kini belum lagi nampak maupun diberitahu dengan bukti bahawa Najib Razak ada menyampaikan kutbah Jumaat di mana-mana Masjid dalam Negara mahu pun di Luar Negara.
Begitu juga dengan pemimpin yang dijulang oleh juak-juak UMNO sebagai pemimpin Islam yang paling tersohor dan terhebat sekali seantaro dunia yang digeruni lawan dan ditakjub kawan, Tun Dr Mahathir Mohamad .. Omak Kau tidak pernah nampak lagi dengan bukti melakukan apa yang di lakukan oleh DSAI.
Disitu kita boleh nilai siapa pemimpin negara kita yang hebat.
Sumber: (omakkau.blogspot.com) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan