بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
SPRM DAN NST DI ARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI KL BAYAR RM150,000 DAN RM 30,000 SEBAGAI KOS SETIAP PIHAK KERANA DI DAPATI MEMFITNAH SEORANG PEGUAM DALAM KES "COPGATE".
The New Straits Times (NST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap satu pihak diarah membayar RM150,000 kepada peguam Rosli Dahlan kerana memfitnahnya dalam isu dikenali sebagai skandal "Copgate".Ini berlaku selepas NST dan SPRM disaman atas dakwaan merosakkan reputasi Rosli dengan mengaitkannya dengan skandal RM27 juta Copgate yang menyaksikan bekas Jabatan Jenayah Komersil Ramli Yusuff disiasat dan kemudian dibebaskan.
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid mendapati NST dan SPRM bersalah memfitnah dan memerintahkan mereka berdua membayar kos RM30,000 setiap seorang.
Rosli sebelum itu mengambil tindakan undang-undang sama terhadap The Star dan Utusan Malaysia tetapi dua akhbar itu telah memohon maaf kerana memfitnah pada 2007.
KALAU DAH SPRM PUN DI DIDAPATi MEMFITNAH OLEH MAHKAMAH TINGGI .. APA INTEGRITI YANG ADA PADA SPRM LAGI?????
Sumber: (omakkau.blogspot.com) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan