Ahad, 20 Oktober 2013

2087. Penguasa Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) - Melindungi hak cipta logo dan namanya sebagai hak milik intelektual.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

Tindakan lindungi hak cipta logo dan nama Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU: Nama ikon Iskandar Malaysia, yang dikaitkan dengan pembangunan koridor ekonomi di Johor, telah disalahgunakan oleh beberapa pihak untuk meraih keuntungan.

Ia semakin berleluasa sehingga pihak Penguasa Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) terpaksa bertindak untuk melindungi hak cipta logo dan namanya sebagai hak milik intelektualnya yang berdaftar, baru- baru ini.
Menurut satu sumber Irda, pemeriksaan menunjukkan bahawa banyak pihak, khususnya dalam sektor hartanah setempat, mengambil kesempatan menggunakan nama dan logo penguasa itu untuk menarik pelanggan yang berminat ke wilayah ekonomi itu.

Nama dan logo Irda telah digunakan di papan iklan, panji, latar belakang, risalah dan ilkan di akhbar serta majalah.

"Ini salah dan tidak adil kepada pemaju lain yang tidak melakukan amalan itu. Bukan itu sahaja, jika ada apa-apa tidak baik yang berlaku ke atas projek mereka, kami tidak mahu turut dipersalahkan," kata sumber itu.

Menyusuli pendaftaran hak cipta itu, Irda menasihatkan semua akhbar utama di Malaysia supaya memberitahu perkara itu dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil jika terdapat penyalahgunaan nama dan logonya.

Pendaftaran hak cipta nama dan logo Irda itu telah dibuat di Perbadanan Hak Milik Intelektual Malaysia dan sah sehingga Julai 2018. - NST.

Sumber: (cyberita) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: