Isnin, 21 Oktober 2013

2106. Bolos yang dikatakan telus?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

Bobos disebalik kata "sedap" telus pun bolehlah.

Jadi MP Kerajaan Malaysia, masing-masing tidak boleh menegur sesama sendirikah?. Katakanlah teguran ini menjadi perkara sulit dan merapuhkan jenama parti dan komponen parti yang menganggotai Kerajaan Malaysia. Kan ada mesyuarat-mesyuarat di kalangan MP anggota kerajaan. Di situ bantai tanpa kira kawan, sebab masing-masing pegang amanah Rakyat Malaysia.

Jadi pengampu, jadi pembodek, jadi masing-masing kena jaga tembolok tegar, dengan mengenepikan jenama "Rakyat Didahulukan" seperti yang dilaung-laung dan dicanang-canangkan. Mungkin kena jadi "Yes Man?" jika tidak nama kena black list dan tiada peluang bertanding di masa akan datang?. Atau memang hendak mengekalkan kebodohan seperti Tun Mahathir telah binakan semasa dia berkuasa dahulu dan akhir-akhir ini dia berulang-ulang kali nasihat dan peringatkan keluarlah dari binaan kebodohan tersebut.

Janganlah beri ruang pembangkang menghidu kelemahan parti pemerentah. Jangan juga beri ruang Audit Negara menyerlahkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan. AMANAH. Kalau tidak nampak amanah manusia bernama Rakyat Malaysia. Laksanakan dan patuhi AMANAH ALLAH SWT. Selagi masing-masing MP berAgama Islam. Buktikan MP kerajaan beragama Islam sebagai pejuang Islam tulin.

In Syaa Allah tiada ruang pembangkang menjadi Pihak Pemerentah seperti di beberapa negeri. Tanyakanlah mereka yang dipihak kamu yang menjadi pembangkang diperingkat negeri. Menjadi MP jauhkanlah diri dari Penyakit Hasad Dengki <Klik. Masing-masing hamba Allah SWT.

Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Selagi ada ruang nyawa yang Allah SWT beri, taubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan. Letak jawatan bila rakyat atau penyokong sudah tunjuk tidak suka, sebelum kita mati ramai yang sebelumnya kawan langsung tidak menjengah mayat kita. Yang hidup nampak.

Keluarlah wahai sebahagian MP berAgama Islam Kerajaan Malaysia dari sikap dan sifat Munafik dan untuk maklumat lanjut tentang munafik klik SINI. Pastinya sama-sama bermuhasabah diri kerana-Nya dan klik SINI untuk langkah-langkah mencitai Allah SWT supaya masing-masing menjadi MP dan pemimpin MP kerajaan yang mendapat redha Allah SWT.

Tengoklah paparan di bawah. Aku tidak pasti akaun itu tepat atau tidak. Dapatkah MP berAgama Islam Kerajaan Malaysia menjawab dengan tulus ikhlas persoalan yang diutarakan. (MENANGIS PEMIMPIN2 UMNO NAK JAWAB SOALAN NI (GAMBAR)) .
Jawablah pertanyaan di atas dan tengoklah dan bacalah nukilan di bawah, untuk kesegaran minda umumnya dan redha Allah SWT khususnya.

Maafkan aku kerana diantara ciptaan Allah SWT aku lebih mencintai Malaysia dari diri kamu.

Tengoklah bagaimana Kementerian Pendidikan 'hanguskan' wang rakyat RM270 juta

12:26
“Jika dibahagikan RM270 juta kepada 360 mentor, seorang mentor mampu memperoleh RM21,000 sebulan tetapi malangnya maklum balas diterima daripada guru yang menyertai program tersebut, pengajaran hanya tiga ke empat jam sebulan.

DAP mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar), berkata Kementerian Pendidikan melantik British Council, Kumpulan Pendidikan Brighton dan Kumpulan SMR HR untuk menyediakan 360 mentor dari 2011 hingga 2013.

“Bayaran RM20 juta kepada McKinsey yang dihebohkan sebelum ini bukan pengakhiran cerita tetapi jawapan yang saya terima oleh Kementerian Pendidikan melalui jawapan di Parlimen mendedahkan maklumat itu iaitu 7,500 guru bahasa Inggeris dari 1,800 sekolah dilatih bagi tujuan tersebut.

“Jika dibahagikan RM270 juta kepada 360 mentor, seorang mentor mampu memperoleh RM21,000 sebulan tetapi malangnya maklum balas diterima daripada guru yang menyertai program tersebut, pengajaran hanya tiga ke empat jam sebulan.

“Bagaimana seseorang guru itu mampu menguasai bahasa Inggeris jika latihan diberikan hanya sedikit kepada mereka. Malah, jika RM270,000 itu dibahagi kepada 7,500 guru yang mengambil kursus itu, maka kosnya mencukupi bagi menampung pengajian di universiti tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, kos mengikuti pengajian bahasa Inggeris di Universiti Wawasan hanya memerlukan RM24,000 setahun yang merupakan dua pertiga daripada kos program Kementerian Pendidikan itu.

Katanya, kos mengikuti kursus diploma Pengajaran Bahasa Inggeris kepada Khalayak Lain (TESOL) selama enam bulan juga hanya memerlukan RM4,500 di kolej swasta tempatan.

“Apa juga penjelasan yang diberikan Kementerian Pendidikan, jumlah wang yang dibelanjakan kepada 360 mentor sepanjang tempoh tiga tahun adalah satu jumlah tidak munasabah.

“Usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris itu dialu-alukan tetapi jika terdapat kaedah dan pilihan lain lebih baik, mengapa perlu melantik perunding yang bayarannya terlalu tinggi,” katanya.

- TMI


Sumber: (nengok sini) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: